LAMAN UTAMA
Sharifah Rose Kalis Kecaman, Shima Anuar Mengandung Lagi Antara Yang Menarik Hari Ini
Pelabagi cerita selebriti menarik pada hari ini, artis hamil, instafamous kalis kecaman selebriti yang dijangkiti Covid-19.
Tanpa membuang masa, mari kita lihat lima kisah selebriti Malaysia yang menjadi tumpuan hari ini;
Instafamous popular dan pelakon, Sharifah Rose, 23, akui tidak menghiraukan kecaman dan kutukan mengenai lakonannya selama ini.
Malah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira nekad menceburi bidang lakonan dengan niat untuk menimba ilmu.Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz tidak menyangka mimpi ngeri paling buruk yang pernah dibayangkan sebelum ini terjadi juga apabila dia disahkan positif Covid-19.
Azira meminta maaf kepada pihak yang mempunyai kontak rapat dengannya kerana terpaksa melakukan ujian pengesahan virus berkenaan.Pelakon Shima Anuar berkongsi kisah gembira dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Memaklumkan perkara terbabit menerusi hantaran di Instagram, kata Shima dia terpaksa membatalkan beberapa tawaran lakonan bagi menjaga kesihatannya yang sedang berbadan dua ketika ini.Pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias memberitahu masih meneruskan rawatan bersama enam doktor pakar bagi merawat sakit misteri yang dialami sejak tahun lalu.
Kata Ustaz Kazim, 49, biarpun penyakit misterinya gagal dikesan, beliau tetap istiqamah dan berikhtiar untuk meneruskan rawatan moden dan alternatif.Pelakon jelita Intan Najuwa mencuri perhatian ramai apabila tidak lupa untuk mengulang kaji pelajaran demi menjawab peperiksaan walaupun dia kini sedang bercuti di London, United Kingdom.
Menerusi laman sosial Instagram, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 25, memuat naik foto sedang menelaah subjek undang-undang di dalam sebuah teksi di London.
Must-Watch Video