,
Hiburan

Shakilla Khoriri Tunjuk Wajah Suami, Mohon Maaf Tak Respon Media - "Saya Kurang Selesa Majlis 'Diceroboh'..."

Amri Hassan
25/02/2024
03:44 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri akhirnya tampil membuat kenyataan berhubung majlis perkahwinannya bersama jejaka yang dikenali sebagai Mohd Fariz pada Sabtu.

BERITA TRENDING: Seri Pengantin, Cantiknya Shakilla Khoriri Yang Baru Kembali Bergelar Isteri!

Tulis Shakilla di ruang Instagramnya, majlis yang diadakan secara tertutup atas permintaan keluarga itu telah selamat berlangsung.
"Alhamdulillah selesai majlis hari ni dengan kehadiran family dan teman-teman rapat. Majlis yang kecil dan tertutup.
"Atas permintaan dan persetujuan kami sekeluarga untuk menyambut dan merai ahli baru dalam keluarga kami.
"Terima kasih atas ucapan, doa dan kata-kata yang baik buat saya & Ameena. Kami berdua setuju dan bersyukur dengan kehadiran Uncle Fariz dalam family kecil kami," tulisnya.
Ujar Shakilla lagi, suami dan anak perempuannya, Ameena Sofia menjadi amanah yang kini perlu dijaganya.
"Tanggungjawab bertambah. Amanah Allah untuk saya jaga dua orang ni. Doakan saya. Doakan perjalanan baru ni lebih baik untuk kami bertiga.
"Doakan saya menjadi Umi dan Isteri yang baik untuk mereka.
"Doakan saya kuat dan sihat untuk jaga mereka dan bahagiakan mereka selagi Allah pinjamkan hayat saya atas dunia ni," katanya.

BERITA TRENDING: Ramona, Shuhada Kongsi Foto & Video Shakilla Khoriri Berbaju Pengantin! Netizen Pula Ucap Tahniah...

Dalam pada itu, Shakilla turut memohon diberikan masa sebelum tampil bersemuka bersama media.
"Saya mohon maaf kepada kalian jika tidak menjawab atau memberi apa-apa respon berkenaan pernikahan saya hari ini.
"Saya sendiri rasa kurang selesa apabila majlis ini 'diceroboh' orang luar yang tanpa meminta izin untuk berkongsi dahulu tentang pernikahan ini kepada media dan wartawan sebelum majlis berlangsung.
"Saya akan kongsi. Saya akan jawab. Saya akan beri kerjasama tapi beri kami ruang dan masa. Ada hati kecil yang perlu saya jaga dan utamakan.
"Walaupun dia orang paling teruja dan gembira tapi saya ada tanggungjawab untuk menerangkan banyak perkara tentang hal ini kepadanya. Dia tetap keutamaan saya dalam apa pun keadaan dan perkara.
"Saya faham tugas dan kerja kalian tapi saya mohon kalian hormat dan faham situasi saya," tambahnya.
Semalam, viral di media sosial mengenai Shakilla, 34, bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini.
Didakwa, lelaki itu merupakan duda anak satu dan merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan sendiri.
Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Unitar