gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
GMW Giveaway: Showcase Janji With Dayang (Penang)
RANCANGAN
GMW Giveaway: Endless 60th Diamond Jubilee Celebration with Richard Marx
HIBURAN
Mandul Bukan Pilihan Buat Penonton Rasa Sayu, Sebak Lihat Mira Filzah - “Penatlah Nangis Setiap Episod”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Polis Kelantan Buru Dua Rakan Aniaya Eda Ezrin

Gempak
Gempak
11/08/2025
07:22 MYT
Sponsor Banner
Polis Kelantan Buru Dua Rakan Aniaya Eda Ezrin
Polis Kelantan memburu dua rakan yang didakwa menganiayai penyanyi wanita terkenal Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, lelaki dan wanita terbabit dipercayai menganiayai Eda Ezrin, suami dan empat rakan sehingga mereka ditahan selama sembilan bulan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.
"Semasa soal siasat pada Khamis dan Jumaat, kesemua mereka memberikan kenyataan yang konsisten.
"Eda Ezrin dan empat lagi tidak mengaku atas tuduhan memiliki dadah dan mereka mendakwa dianiayai oleh dua rakan terbabit," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Ahad.
Menurut beliau, dua rakan yang didakwa oleh Eda Ezrin serta empat lagi adalah individu yang sudah berada dalam senarai pemerhatian polis.
Ujarnya, kini kedua-dua individu terbabit sedang diburu pihak polis.
Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff memberitahu, pihaknya akan memanggil kembali Eda Ezrin serta suami dan empat rakan jika diperlukan.
"Di Thailand, Eda Ezrin serta suami dan empat rakan hanya disabitkan kesalahan urin positif serta menjalani penjara tiga bulan atas kesalahan tersebut," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Eda Ezrin, suami dan empat rakan didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas dua kesalahan iaitu mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.
Kesemua tertuduh iaitu penyanyi, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, atau Eda Ezrin; Mohamad Alif Deraman, 33; Mohd Affendi Ahmad, 35; Nur Aida Mamat, 33; Erdieka Mohd Noor, 32; dan Zuhaira Nasrin, 25, mengaku mengambil dadah di hadapan Hakim Yuan Khao Kham.
Bagaimanapun, mereka tidak mengaku memiliki 6,059 biji pil kuda semasa ditahan di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu.
Sementara itu, dua rakan Eda Ezrin, Erdieka dan Zuhaira, mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu memasuki Thailand tanpa dokumen rasmi dan menetap di negara itu secara tidak sah.
Pada Rabu lalu, Eda Ezrin, suami serta empat rakan dibebaskan sepenuhnya daripada tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.
Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam.
Topic Berkaitan
#Viral
#Polis
#Aniaya
#Rakan
#Buru
#Eda Ezrin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement