,
Laman Utama

Shah Rukh Khan Lambai Dari Balkoni, Peminat: “Aidiladha Kami Sempurna”

Maliah Surip
12/07/2022
14:55 MYT
Bukan pertama kali, malah seperti sudah menjadi satu tradisi buat peminat berkumpul di hadapan kediaman pesohor kesayangan mereka, Shah Rukh Khan, untuk ‘meraikan’ momen momen istimewa.
Terkini, ribuan peminat kembali berkumpul di hadapan kediaman aktor tersebut untuk menyambut Aidiladha.
Dan ‘sambutan’ Aidiladha itu berhujung manis apabila penantian mereka diakhiri dengan kemunculan Shah Rukh Khan di balkoni.
Tidak berseorangan, bintang Om Shanti Om tersebut muncul bersama anaknya, AbRam Khan untuk ‘bertemu’ dengan peminat yang sudah membanjiri kawasan kediamannya di Mumbai, India.
Shah Rukh Khan kemudian menyapa para peminatnya dengan melambai lambai sambil memberi ‘ciuaman’ ke arah mereka yang setia menanti.
Teruja dengan aksi Shah Rukh Khan, banyak peminat memuat naik momen tersebut dalam akaun sosial masing masing.
Beragam komen ditinggalkan, termasuk ada peminat menulis: “Aidiladha yang sempurna untuk kami.”
Portal Pinkvilla juga menyiarkan foto Shah Rukh Khan dan anak kecilnya kelihatan santai dan tersenyum melambai kepada peminat.
Ini adalah ‘kemunculan’ kedua figura yang dijadualkan bakal muncul dengan tiga buah filem itu menyapa peminatnya dari balkoni.
Kali pertama bintang yang digelar King Khan tersebut berbuat demikian adalah pada sambutan perayaan Aidilfitri pada Mei lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Bollywood

Penyanyi Bengang Dibaling Kasut, Cabar Peminat: “Siapa Buat? Naik Ke Pentas!”

gempak
09/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tauba Tauba, Karan Aujla berang dan mencabar penonton yang telah membaling kasut ke arahnya sewaktu membuat persembahan di London baru-baru ini.
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.