Hiburan
Seulgi Red Velvet Dedah Rahsia Kurus Dengan Hanya Minum Air Soya
Salah seorang anggota kumpulan Red Velvet, Seulgi mendedahkan rahsianya kekal kurus dengan hanya meminum air soya.
Seulgi, 23, yang juga vokalis bagi kumpulan tersebut telah berkongsi pengalaman diet ekstremnya semasa bergelar pelatih.
Menerusi sebuah rancangan bual bicara, Seulgi juga mengaku terpaksa melupakan segala makanan kegemarannya untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini.
Hasil daripada diet ekstrem tersebut, Seulgi kini memiliki tubuh badan yang langsing selain kakinya turut kelihatan panjang walaupun tingginya hanya 163 sentimeter.
Menurutnya lagi, dia sanggup menahan lapar sepanjang 'misi' tersebut.
“Saya juga hampir tidak makan langung.
“Saya hanya minum satu kotak susu soya dan saya tidak boleh makan,” kata Seulgi
Diet ekstrem yang diamalnya kini membuahkan hasil kerana berat badannya turun secara mendadak.
Dalam perkembangan lain, Seulgi dan ahli Red Velvet lain akan hadir ke Malaysia sempena konsert ’I-Seoul-U’ yang akan diadakan pada 23 Mei ini di Pusat Convention Center, Kuala Lumpur.
Selain Red Velvet, kumpulan lain yang akan turut hadir adalah sub unit kepada NCT, iaitu NCT 127 dan Yesung.
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, peminat boleh layari www.astrocircle.astro.com.my
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Must-Watch Video