,
Gaya Hidup

"Setiap Kali Keluar, Dia Kena Paku Pintu Dengan Zink Supaya Orang Tak Curi Baju Dia" - Jabir Meftah Kongsi Kisah Sebak

Badrul Hashim
14/05/2020
00:45 MYT
Model dan finalis Hero Remaja, Jabir Meftah tidak meletakkan dunia glamor sebagai satu perkara utama untuknya.
Dia yang juga merupakan Presiden Youth Care Malaysia untuk Pertubuhan Pendidikan Kesedaran Dan Minda Prihatin Malaysia (PPKDMPM) turut turun padang membantu mereka yang memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Jabir turut berkongsi kisah seorang nenek yang tinggal berseorangan, dan kisah yang diceritakan oleh nenek tersebut.
"Tok ni banyak benda yang dia pendam dalam hati dia, masa dia dok cakap nampak sangat dia duduk berperang dengan perasaan dia. Kami faham dia nak kongsi cerita yang terbaik daripada hidup dia untuk kami sebab kami tetamu.
"Sebenarnya kami datang sehari sebelum tapi pintu rumah dia berpaku dengan zink. Ingatkan dia dah pindah, rupanya itu sahaja cara untuk dia kunci rumah bila nak keluar. Bayangkan setiap kali keluar dia kena paku pintu dia supaya takda orang curi baju dia," tulis Jabir.
Tambah Jabir, pada hari kedua melalui rumah yang didiami nenek tersebut, mereka ternampak nenek itu sedang memaku pintu rumahnya.
"Alangkah sebaknya perasaan ini bila nampak tok ni tengah menahan air mata bila tengah mengenang nasib diri dia. Dia kata dulu dia yang paling cantik dan digilai ramai tapi sekarang hanya mampu mengadu kepada kami yang dianggap seperti cucunya.
"Di sebalik air mata tok yang mengenang tu dia masih lagi tersenyum untuk kami. Ya Allah berilah kekuatan kepada kami dan tok ni, murahkanlah rezeki kami dan permudahkanlah semua urusan kami," doa Jabir.

Tok ni banyak bende yang dia pendam dalam hati dia, masa dia dok cakap nampak sangat dia duduk berperang dengan perasaan dia. Kami faham dia nak kongsi cerita yang terbaik daripada hidup dia untuk kami sebab kami tetamu..⁣ ⁣ Sebenarnya kami datang sehari sebelum tapi pintu rumah dia berpaku dengan zink. Ingatkan dia dah pindah rupanya itu sahaja cara untuk dia kunci rumah bila nak keluar. Bayangkan setiap kali keluar dia kene paku pintu dia supaya takde orang curi baju dia.⁣ ⁣ Hari kedua lalu tmpt dia nampak dia dok ketuk paku dkt pintu rumah so kami cepat2 berhenti untuk jumpa dia.⁣ ⁣ Alangkah sebaknya perasaan ini bila nampak tok ni tengah menahan air mata bila tengah mengenang nasib diri dia. Dia kata dulu dia yang paling cantik dan digilai ramai tapi sekarang..⁣ hanya mampu mengadu kpd kami yang dianggap seperti cucunya.. ⁣ Disebalik air mata tok yg mengenang tu dia masih lagi tersenyum utk kami. Ya Allah beri lah kekuatan kepada kami dan tok ni, murahkan lah rezeki kami dan permudahkanlah semua urusan kami.⁣ ⁣ PER PDDKN KESEDARAN DAN MINDA PRIHATIN M⁣⁣⁣⁣ Maybank 564221647817⁣

A post shared by جابر (@jabirmeftah) on

Pada yang ingin menghulurkan derma kepada PPKDMPM bagi membantu mereka yang memerlukan, anda boleh menyalurkan bantuan melalui Maybank, nombor akaun 564221647817.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

gempak
09/09/2024
04:55 MYT
Model dan pelakon, Nia Atasha bersetuju dengan istilah ‘beauty privilege’ iaitu individu mempu­nyai paras rupa cantik atau tampan akan mendapat perhatian lebih berbanding yang berwajah ‘biasa-biasa’.
Viral

"Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia

gempak
17/08/2024
13:25 MYT
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya memukau penonton dalam acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di ibu negara.
Terkini

Ummi Nazeera Bakal Jadi Wajah Fiziwoo? Ini Penjelasan Fiziwoo - “Ummi Merupakan..”

gempak
05/08/2024
11:55 MYT
Memperagakan busana daripada pereka fesyen terkenal Fiziwoo, pelakon Ummi Nazeera berjaya mencuri tumpuan penonton yang hadir di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 baru-baru ini.
Gaya Hidup

Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Kasut Retro Munich 1972

gempak
19/07/2024
16:55 MYT
Adidas pada Jumaat menggugurkan model pro-Palestin, Bella Hadid, daripada kempen pengiklanan untuk kasut retro Olimpik Munich 1972, yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.