HIBURAN
“Setelah Lama Daddy Tak Menangis Akhirnya…” - Matin Menangis Lawat Pusara Ibu, Shuib Gagal Tahan Air Mata
Pelawak dan usahawan, Shuib gagal menahan air mata selepas melihat anak ketiganya Ariq Matin bersedih ketika menziarahi kubur, Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissudin.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok, memaparkan momen Martin dan Talita sedang membersihkan kubur ibunya sambil berkongsi cerita perkembangan mereka.
@shuibsepahtu Semalam ziarah kesayangan. Mcm biasa sedekah kan Al Fatihah,bersih2 kan kubur sambil berborak2 dgn si Dia.Bercerita tentang perkembangan baru anak2,cerita kehidupan dunia pada Dia.Matin adalah anak yg paling susah nangis,nama pon Matin “kuat”. Smlm tiba2 jatuhnya air mata seorang Matin,mgkn bila dia dah makin besar,dia dah mula dan makin faham tentang “Rindu”.Dulu Ibunya pergi di saat dia usia 6 tahun,masa tu dialah bongsu,anak paling manja.Tak boleh jauh dgn Ibu,selalu berkepit dgn Ibu,tido berpeluk dgn Ibu smpi mcm nak termasok dlm perut Ibu.Anak yg tak pernah kena bantai dgn Ibu.Anak terpalinggggg manja dgn Ibu.Skrg bila usianya 10 Tahun,dia mula faham tentang byk perkara.InsyaAllah semuanya akan ok Matin,Daddy,adik beradik,mummy akan selalu ada.Jadi smlm setelah lama daddy nya tak menangis,jatuh jugalah airmata ini berjurai2 sbb ada yang mulakan 😁 InsyaAllah,Harap Ibu juga ada di saat kami menangis smlm 😁 Selamat berpuasa Ibu.♬ original sound - shuibsepahtu
“Semalam ziarah kesayangan. Macam biasa sedekah kan. Al Fatihah,bersih-bersih kan kubur sambil berborak-borak dengan si dia.
“Bercerita tentang perkembangan baru anak-anak,cerita kehidupan dunia pada dia,” tulisnya.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, Matin merupakan seorang yang sangat rapat dan manja dengan ibunya.
Selain itu, Shuib juga menyifatkan Matin sebagai anak yang sangat kuat dan jarang sekali menangis.
“Matin adalah anak yang paling susah nangis,nama pon Matin “kuat”.
“Dulu Ibunya pergi di saat dia usia 6 tahun,masa tu dialah bongsu,anak paling manja.Tak boleh jauh dgn Ibu,selalu berkepit dgn Ibu,tido berpeluk dgn Ibu sampai macam nak termasok dalam perut Ibu.
“Sekarang bila usianya 10 Tahun,dia mula faham tentang banyak perkara.InsyaAllah semuanya akan ok Matin,Daddy,adik beradik,mummy akan selalu ada,” ujarnya lagi.
Namun, suasana ketika menziarah kubur Siti Sarah pada kali ini bertukar hiba apabila Martin dilihat menitiskan air mata.
“Semalam tiba-tiba jatuhnya air mata seorang Matin,mungkin bila dia dah makin besar,dia dah mula dan makin faham tentang “Rindu”.
“Jadi semalam setelah lama daddy nya tak menangis,jatuh jugalah airmata ini berjurai-jurai sbb ada yang mulakan. InsyaAllah,Harap Ibu juga ada di saat kami menangis semalam,” tulisnya lagi menerusi kapsyen.
Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia akibat Covid-19. Shuib mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Watie pada 23 Jun lalu.
Hasil perkongsian hidup dengan arwah Siti Sarah, mereka dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 12; Dzahira Talita Zahra, 10; Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan, 2.
Must-Watch Video