,
Laman Utama

“Setakat Ini Baru Bagi RM30,000” - Iqbal Kota Janji, Mahu Beri Duit Raya Sehingga RM100,000 Kepada Orang Ramai

Izwan Isa
08/05/2022
03:50 MYT
Usahawan selebriti, Iqbal Zulkefli memberitahu yang dia ingin mengotakan janjinya untuk memberikan lebih banyak duit raya kepada orang ramai, berjumlah sehingga RM100,000.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story baru-baru ini, Iqbal berkata, dia baru menghulurkan duit raya sebanyak sekitar RM30,000 setakat ini.
“Saya akan turun di airport KLIA dan saya akan bagi duit raya lagi kerana saya sudah berjanji. Setakat ini baru bagi RM30,000.
“Saya kena tunaikan janji saya kepada masyarakat semua untuk berikan duit raya. Tidaklah banyak, mungkin saya akan bagi secara random RM5, RM10 atau RM50. Itu pun jika wang saya mencukupi,” katanya.
Iqbal turut memohon bantuan jika ada antara pengikutnya yang mempunyai wang kecil untuk ditukarkan.
“Kalau siapa ada duit kecil juga kalau boleh standby untuk saya nak tukar dalam RM10,000 supaya ramai orang dapat,” katanya.
Begitupun, menerusi kemas kini seterusnya, qbal berkata, ada yang menghantar DM kepadanya bertanyakan kenapa dia memberi duit raya dan tidak menyumbangkan dana yang sama kepada orang susah atau tahfiz.
“Ramai DM saya, ‘Dari bagi duit raya, lebih baik bantu orang susah atau tahfiz’. Tidak sama. Bahagian itu di cerita lain. Saya kurang senang tunjukkan bahagian sedekah. Ada bahagian saya perlukan privasi.
“Macam pembahagian duit raya ini, kenapa saya perlu sebar dan mention jumlah RM100,000, supaya orang tahu apabila bertemu nanti, saya bersedia bagi duit taya. Suka-suka sahaja sekadar bermasyarakat,” tulis Iqbal panjang lebar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Vijaya Lakshmi Terima Sumbangan Ihsan RM30,000

gempak
06/09/2024
09:25 MYT
Keluarga G Vijaya Lakshmi, rakyat India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur dua minggu lalu menerima sumbangan ihsan RM30,000 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum berlepas ke tanah air mereka pada 1 September lalu.
Viral

Beg Jenama Mewah Harga Lebih RM20,000 Lee Zii Jia Raih Perhatian Wargamaya! - "Siap Ada Custom Made Nama"

gempak
07/08/2024
09:32 MYT
Satu keping foto memaparkan pemain badminton perseorangan, Lee Zii Jia bergambar bersama pegawai perubatan, Jass Khuzairi mendapat perhatian ramai.
Hiburan

Armani Entertainment Saman Michael Ang, Minta Pulangkan Semula RM500,000

gempak
24/07/2024
08:30 MYT
Syarikat pengurusan Armani Entertainment Sdn Bhd memfailkan saman terhadap pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.
Viral

Rumah Kieda Crepe Dipecah Masuk, Barang Kemas Bernilai RM800,000 Lesap

gempak
03/06/2024
09:00 MYT
Seorang usahawan pencuci mulut mengalami kerugian RM800,000 apabila rumahnya di Kepala Batas dipecah masuk penjenayah pada April lalu.
Hiburan

Iqbal Zulkefli Takkan Pulangkan Anak Angkat Kepada Keluarga Kandung - "Tapi Saya Takkan Pisahkan..."

gempak
10/05/2024
08:30 MYT
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli bertegas untuk tidak akan memulangkan anak angkat yang dijaganya, Ahmad Ziyad kepada keluarga kandungnya.