,
Laman Utama

Service Slow & Lemah? Mitos Je Tu, Ini 5 Hospital Kerajaan Terbaik Mengikut Kata Netizen! Rupanya…

Hanafis Haris
06/04/2022
15:56 MYT

Kerap dibandingkan dengan swasta! Mungkin itulah sering kita dengar apabila bercakap mengenai hospital kerajaan.

Pun begitu, saban tahun, kemudahan dan perkhidmatan hospital kerajaan sebenarnya sudah jauh berubah, malah diiktiraf antara yang terbaik.

Lihat saja pada tahun 2020, Malaysia sekali lagi berjaya dianugerahkan ‘Pelancongan Kesihatan dan Perubatan: Destinasi Terbaik Tahun Ini’, pada Anugerah Pelancongan Perubatan 2020.

Namun, apa pula kata pengguna itu sendiri mengenai hospital kerajaan di Malaysia? Siapakah yang terbaik menurut mereka?

Berikut merupakan senarai hasil laporan laman web iBanding berdasarkan rating pengguna di media sosial. Jadi hospital mana yang terbaik?

#1 The Queen Elizabeth Hospital - Rating: 3.9/5

Hospital Queen Elizabeth yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah ini adalah hospital utama di bandar dan negeri tersebut.

Hospital Queen Elizabeth menjadi pusat kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan perubatan, latihan, dan penyelidikan berkualiti dan komprehensif yang dijalankan oleh kakitangan profesional.

Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu menduduki tempat pertama dengan rating sebanyak 3.9/5.

Hebat bukan?

#2 Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah - Rating 3.9

(Gambar: https://clinicalresearch.my)

Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah ialah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Likas, Kota Kinabalu.

Hospital ini khas untuk wanita dan kanak-kanak.

Hospital ini menyediakan 504 katil dan perkhidmatan klinikal seperti Catering & Dietetic, Obstetrics & Gynecology, Oncology & Radiotherapy, Anesthesiology, Emergency Unit, Department of Pharmacy, Pediatrics dan banyak lagi.

Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah menduduki tempat kedua dengan penarafan 3.9/5.

#3 Hospital Raja Perempuan Zainab II - Rating 3.9

Hospital Raja Perempuan Zainab II merupakan salah sebuah hospital Am tertua di Malaysia.

Hospital ini ditubuhkan pada tahun 1920 dan terletak di pinggir bandar Kota Bharu, Kelantan.

Bangunan ini difahamkan mempunyai 35 wad dengan jumlah 920 katil.

Hospital Raja Perempuan Zainab II memperoleh penilaian 3.9/5 menjadikannya nombor tiga dalam senarai.

#4 Hospital Sultanah Nora Ismail- Rating 3.9

(Gambar: https://atap.co/malaysia/en/projects/hospital-sultanah-nora-ismail-hospital-batu-pahat)

Hospital Sultanah Nora Ismail yang lebih dikenali sebagai Hospital Batu Pahat merupakan sebuah hospital yang mempunyai pelbagai kepakaran.

Terletak di Batu Pahat, Johor, Hospital Sultanah Nora Ismail komited terhadap kecemerlangan perkhidmatan penjagaan pesakit luar dan dalam.

Hospital Sultanah Nora Ismail menduduki tempat ke-4 dengan penarafan 3.8/5.

#5 Hospital Sultan Abdul Halim - Rating 3.8

(Gambar: https://clinicalresearch.my/portfolio/hospital-sultan-abdul-halim/)

Terletak di Sungai Petani Kedah, Hospital Sultan Abdul Halim ialah hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan dan pencegahan yang berkualiti, cekap dan berkesan.

Ia juga menyediakan penjagaan pakar sekunder kepada pesakit, menyediakan perkhidmatan pesakit dalam serta penjagaan harian.

Hospital Sultan Abdul Halim menduduki tempat ke-5 dengan penarafan 3.8/5.

Boleh ke bayar bil hospital RM1 Guna Kad ATM?

Untuk pengetahuan anda, bukan saja kemudahan kesihatan dipertingkatkan, banyak hospital kini menerima pembayaran tanpa tunai.
Tidak perlu ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang tunai pada musim Covid-19 ini, sekarang boleh guna MyDebit (kad ATM) sahaja!

Tidak cukup dengan itu, nilai bayaran juga tidak ada minimum ya!

Jangan tak percaya RM1 pun pesakit boleh guna MyDebit (kad ATM)! Mudah habis ni!

Ye lah, hospital kerajaan Malaysia pula antara yang termurah di dunia!

Jadi apa sebenarnya kebaikan menggunakan cashless?

Menggunakan MyDebit (kad ATM) untuk membuat pembelian atau bayaran sebenarnya lebih pantas dan selamat.

Apabila tidak membawa wang tunai yang banyak, ia sekali gus mengurangkan risiko keselamatan.

Malah, MyDebit (kad ATM) juga tiada yuran lewat, caj kewangan dan penalti.

Selain itu, ia lebih jimat masa dan tidak perlu beratur panjang untuk keluarkan wang tunai.

5 kaedah bayaran tanpa tunai

Selain kad ATM MyDebit, anda juga boleh menggunakan kaedah lain untuk pembayaran secara cashless di agensi Kerajaan yang lain.

JomPAY - Perkhidmatan membolehkan pelanggan membayar sebarang bil melalui internet atau perbankan mudah alih menggunakan wang dari akaun simpanan, semasa atau kad kredit.

FPX - Perkhidmatan penyelesaian pembayaran dalam talian yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran untuk pembelian dalam talian melalui internet atau perbankan mudah alih kepada pedagang yang mengambil bahagian menggunakan wang dari akaun semasa dan simpanan.
DirectDebit - Perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran bil berkala secara automatik terus daripada akaun bank dengan kebenaran pelanggan.
DuitNow QR - Perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran menggunakan mana-mana aplikasi bank atau e-dompet yang mengambil bahagian dengan mengimbas kod DuitNow QR yang tersedia.

Jika ingin membuat sebarang transaksi di kaunter, anda boleh menggunakan kemudahan MyDebit atau DuitNow QR. Bagi perbankan dalam talian pula, anda boleh memanfaatkan perkhidmatan FPX, JomPAY dan DirectDebit.

Boleh Guna Dimana? Boleh Menang RM10,000?

Jangan tak tahu, penggunaan cashless ini juga boleh digunakan di 20 agensi kerajaan terpilih dan anda juga berpeluang untuk memenangi RM10,000 menerusi kempen Cashless Boleh 2.
Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu melakukan sebarang transaksi tanpa tunai menggunakan kad ATM MyDebit, JomPAY, FPX, DirectDebit atau DuitNow QR di mana-mana agensi kerajaan yang disenaraikan di bawah.
  1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

  2. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

  3. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

  4. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

  5. Polis Diraja Malaysia (PDRM)

  6. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

  7. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

  8. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

  9. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PBT

  10. Kehakiman (Mahkamah)

  11. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

  12. Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA)

  13. Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)

  14. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

  15. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

  16. Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Persekutuan

  17. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

  18. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan

  19. Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI)

  20. Hospital UiTM Puncak Alam

Paling menarik, tiada had minimum ditetapkan kerana setiap transaksi menggunakan MyDebit, JomPAY, FPX, DirectDebit atau DuitNow QR akan tersenarai secara automatik sebagai peserta.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai terma dan syarat peraduan, layari www.paynet.my/CashlessBoleh2.

Peraduan Cashless Boleh 2 berlangsung hingga 31 Mei 2022.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Aset Udara ATM, Pasukan Keselamatan Lakukan Latihan Penerbangan Rendah Mulai Hari Ini Hingga 31 Ogos

gempak
27/08/2024
03:55 MYT
Aset-aset udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan keselamatan lain akan melakukan latihan penerbangan taktikal rendah bermula hari ini hingga 31 Ogos ini.
Gaya Hidup

Nak Tukar Duit Raya RM10, RM50? Ini Senarai ATM Bank-Bank Utama Yang Perlu Anda Tuju!

gempak
02/04/2024
13:25 MYT
Tahukah anda terdapat mesin ATM yang menyediakan hanya wang kerta RM10 atau RM50? Berikut merupakan senarai mesin ATM beberapa bank utama di Malaysia yang boleh anda tuju!
Laman Utama

[VIDEO]"Dalam CCTV Tu Boleh Nampak..."- Duit Tercicir Selepas Keluar ATM, Daler Yusof Minta Cari Pencurinya

gempak
18/11/2022
23:40 MYT
Daler Yusof Minta Cari Pencurinya
Laman Utama

Sharifah Shahirah Hargai ATM Bantu Mangsa Banjir, Hishammuddin Ucap Terima Kasih - “Insya-Allah ATM Akan Terus Bantu Sedaya Upaya…”

gempak
29/12/2021
00:50 MYT
Terima kasih ATM!
Laman Utama

“Minta Maaf Kalau Tweet Menyinggung Perasaan, Dengan Ikhlas Saya Bertanya Pasal ATM…” – Harith Iskander

gempak
25/12/2021
05:33 MYT
Harith ikhlas bertanya...