Hollywood
Serius Tak Tipu! Sedia Tisu Banyak-Banyak Sebelum Tengok Maleficent Mistress Of Evil Sebab ...
Filem: Maleficent Mistress of Evil
Pelakon: Angelina Jolie, Elle Fanning, Chiwetel Ejiofor, Sam Riley, Michelle Pfeiffer
Pengarah: Joachim Rønning
Tarikh tayangan: 18 Oktober 2019
Rating Gempak: ****
Selepas filem pertamanya lima tahun lalu, penulis meletakkan ekspektasi tinggi untuk sekuel Maleficent Mistress of Evil yang akan mula ditayangkan minggu ini.
Kali ini kisar ceritanya lebih difokuskan kepada penyatuan dua kerajaan iaitu Moors (yang didiami pari-pari) dan Ulstead (manusia).
Penyatuan itu juga merujuk kepada perkahwinan Puteri Aurora dan Putera Phillip.
Cuma, perkembangan plot dan wataknya difokuskan pada permusuhan antara Maleficent dan Permaisuri Ingrith.
Bagi penulis, karakter Maleficent kali ini sebenarnya refleksi Permaisuri Ingrith yang tersakiti; cemburu, dendam, tamak dan busuk hati.
Michelle Pfeiffer takkan membuang masa anda!
Sebab itulah juga, anda yang bakal menonton Maleficent Mistress of Evil kali ini perlu bersedia dengan momen-momen sebak!
Ia tentang kekeluargaan, kasih sayang ibu dan anak, cinta yang terhalang dengan kekuasaan, fitnah, kekejaman dan banyak lagi ruang emosi yang mengesankan.
Sedikit spoiler, anda akan tersentuh bila mana Aurora sanggup menyisihkan ibu angkatnya, Maleficent demi cinta kepada Phillip.
Lihat, betapa ironinya babak itu dengan situasi semasa yang berlaku sekarang dalam masyarakat kita bukan?
Ada banyak lagi babak sebak yang anda akan tonton sepanjang filem ini dan penulis yakin filem ini tidak akan menjemukan terutama ketika babak pertempuran.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Maleficent Mistress of Evil ini di pawagam berhampiran anda.
Oh! Semestinya kostum dalam filem ini amat menakjubkan dan cantik-cantik semuanya. Angelina Jolie pula sangat menawan.
Terima kasih Fiziwoo yang mengundang Gempak sempena pertunjukan fesyen Fiziwoo x Maleficent dan tayangan eksklusif filem Maleficent Mistress of Evil di Starling Mall, Damansara malam tadi.
Must-Watch Video