,
Laman Utama

“Serius, Cerita Ni Banyak Ajar Aku Tentang Pentingnya Keluarga…” – Penonton Tersentuh Tonton Episod Akhir Ahli Bapak-Bapak Club

Fiza Kamarudin
28/07/2021
14:28 MYT
Hari ini merupakan episod terahir drama bersiri Ahli Bapak-Bapak Club (ABBC) yang mengangkat isu lelaki dan bapa.
Drama arahan Tam Suhaimi itu mendapat pujian penonton kerana tema yang diangkat sampai ke jiwa penonton.
Menerusi tinjauan Gempak di laman sosial Twitter, rata-rata memuji drama tersebut yang bukan hanya mengangkat tema kebapaan tetapi juga keluarga.
Ada juga yang memohon agar ABBC disambung pada musim terbaharu kerana jatuh cinta dengan jalan cerita yang dipaparkan.
“I thought #AhliBapakBapakClub is only about fatherhood. Turns out it's about FAMILY.”
“100/10 !!! storyline best!! funny and banyak pengajaran at the same time!! definitely worth the hype!!! PLS WE WANT #ABBC2.”
“Honestly cerita macam ni best sangat sebab pasal family and also kelakar sangat! Look forward for #ABBC2.”
"Serius weh, drama ni buat aku rindu keluarga dan buat aku tahu betapa pentingnya keluar. Aku rindu family aku."
Antara ciapan penonton di laman sosial tersebut.
Gandingan mantap pelakon utama iaitu Aiman Hakim, Luqman Hafidz dan Steve Yap ternyata menambat hati penonton ABBC.
Selain teraju utama, pelakon lain yang membintangi ABBC ialah Maria Farida, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Fizz Fairuz, Datin Ziela Jalil dan Amir Masdi.
Kepada yang ingin menonton ABBC, drama ini boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Lagu ‘When Nobita Meets Doraemon’ Antara Yang Ditunggu Dalam Ahli Bapak-Bapak Club Reunion Malam Ini.

gempak
04/08/2021
13:20 MYT
Macam mana la lagu tu agaknya ek?
Laman Utama

Fuhhh! Ahli Bapak-Bapak Club Trending Di Twitter – “OMG! Ada Final Episod Ke-2!!!”

gempak
21/07/2021
14:45 MYT
Aduhhhh...berdebarlahhhhh
Laman Utama

“Bertahanlah Semua, Suatu Hari Nanti Keadaan Akan Kembali Normal” – Maria Farida

gempak
14/07/2021
11:30 MYT
Maria Farida sentiasa cantik dan awet muda...
Laman Utama

“Sekurang-Kurangnya Masih Boleh Camping!” – Anak Stress Tak Boleh Keluar Sebab PKPD? Jom Ikut Cara ‘Daddy Kool’ Steve Yap Ini!

gempak
07/07/2021
09:35 MYT
Wahhh...Menarik idea ni!
Laman Utama

‘Hobi’ Hanya Alasan Lelaki…Yang Sebenarnya Melarikan Diri! – Ini Jawapan Aiman Hakim, Steve Yap & Luqman Hafidz

gempak
30/06/2021
11:03 MYT
Ye juga kan...Lelaki kan panjang akal!