,
Hiburan

"Seriously... Meremang Bulu Roma!" - Netizen Sebak & Menangis Tonton Video Kisah PRU14

Kamaruddin Razal
25/05/2018
01:30 MYT
Sebuah video yang berjudul The Amazing Malaysian Voters mengundang rasa sebak netizen.
Video tersebut menceritakan mengenai suasana disebalik Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan dimuat naik menerusi laman YouTube Thinker Studios.
Jumlah rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbeza latar belakang keluar mengundi menjadi kisah paling hebat yang terlakar semasa PRU14.
Menerusi video yang berdurasi hampir empat minit itu, pelbagai lapisan masyarakat bercerita mengenai pengalaman istimewa mereka.
Antara mereka yang ditemu bual dalam video The Amazing Malaysian Voters adalah Sharifah Amani, Datin Diana Danielle, Bernard Chauly, Suhaimi Sulaiman dan ramai lagi.
Mereka yang menjayakan video tersebut gembira kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih dan menyatakan rasa bangga kerana dapat terlibat dalam mencatat sejarah baru selepas tanggal 9 Mei lalu.
Rata-rata netizen memberikan komen positif terhadap video terbabit.
Menerusi ruangan komen di laman YouTube, ada antara netizen yang mendedahkan mereka rasa sebak serta menangis bangga selepas menyaksikan video tersebut.
Berikut merupakan video The Amazing Malaysian Voters:
Teks: Kamaruddin Razal Foto: YouTube Thinker Studios
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Terima Kasih Beri Sokongan” - Thinker Studios, Amelia Henderson Terharu Raih Anugerah SYOK Podcast 2022

gempak
29/12/2022
04:15 MYT
Tahniah kepada pemenang.
Berita

Seniman Tidak Memihak Kepada Pemerintah Semata-Mata

gempak
11/06/2018
08:40 MYT
Viral

"Moga Rezeki Bertambah" - Wajah Syed Saddiq Pelaris Bazar Ramadan, Cadar & Sarung Bantal

gempak
24/05/2018
09:11 MYT
Berita

Aksi Mat Sabu Keluar Rumah Pergi Kerja Sambil Polis Pengiring, Pengawal Peribadi Tunggu Luar Rumah Buat Netizen Terhibur

gempak
23/05/2018
09:08 MYT
Hiburan

Hanis Zalikha & Hairul Azreen Mengaku Tak Keluar Mengundi

gempak
19/05/2018
08:06 MYT