,
Laman Utama

Serangan Serigala Jadian Di Kampong Pisang Buat Netizen Berdebar, Nantikan Bahagian Dua Minggu Depan!

Azwa Rahman
22/12/2020
03:55 MYT
Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri menemui penonton dengan episod ketiga Warewolf Dari Indonesia, bahagian satu malam tadi.
Episod ketiga ini mengisahkan Kampong Pisang yang dilanda serangan serigala jadian selepas beberapa orang pekerja Indonesia datang bekerja di kampung tersebut.
Mendapat bantuan daripada ranjer hutan bernama Rashid lakonan Azlan Komeng, misteri kejadian tersebut masih belum dapat diselesaikan apabila ia bersambung di bahagian kedua pada Isnin depan.
Episod ini turut menampilkan pelakon hebat Hushairi Hussien dan Wan Raja sebagai serigala jadian serta Sharwani NS menjadi penduduk kampung.
Meninjau ke laman Twitter, ramai wargamaya yang berdebar melihat keadaan Kampong Pisang yang membimbangkan.
Malah, ada yang teruja apabila babak ‘mi kari kuah laksa’ yang tular disiarkan dalam episod kali ini.
“Lain macam kes-kes kat #KampongPisangBersiriSiri ni eh. Kalau aku kat kampung tu, aku tak keluar malam! Ada serigala!!” komen seorang wargamaya.
“Awek mee kuah laksa masuk dah episode ni #kampungpisangbersirisiri,” tulis seorang wargamaya.
“Scene werewolf kena tembak dalam #kampongpisangbersirisiri tu kalau tengok background dia boleh nampak masjid Ubudiah.. lawa gila,” kata seorang wargamaya.
“First 2 minit #kampongpisangbersirisiri dah ada org kena penggal kepala.. perghhhh!!” ujar seorang wargamaya.
“Eleh Pak Karim nak pancung sekor2 yer? Hahahahah pingsan trussss #KampongPisangBersiriSiri,” usik seorang wargamaya lagi.
Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.
Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.
Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

“Air Mata Jatuh… Ambil Masa 2 Tahun Kumpul Semangat”- Amin Khalid Sayu, Pilih Teruskan Legasi Bapa Buat Projek 19 Puasa

gempak
13/03/2024
12:55 MYT
Amin teruskan legasi bapa.
Laman Utama

Anak Mamat Khalid Realisasikan Menu Mi Kari Kuah Laksa Di Ah Mat Cafe

gempak
15/11/2023
05:55 MYT
Ini cerita di sebalik menu popular dalam filem Kampung Pisang Bersiri ini
Laman Utama

“Tinggal Watak Apa Untuk Kami? Jadi Nenek Atau Hantu Je Ke?” Delimawati Susah Dapat Job Sejak…

gempak
07/11/2023
03:55 MYT
Ini keluhan Delimawati
Laman Utama

Mahu Wujud Galeri Seni Di Kampung Kuchai, MBI Dalam Proses Rundingan Dengan Waris Mamat Khalid - “Setakat Ini Saya Rasa Mereka…”

gempak
17/04/2023
11:55 MYT
Semoga dipermudah...