,
Hiburan

"Separuh Badan Saya Penuh Darah" - Pelakon Lubnan Nadine Nassib Dibedah 6 Jam Selepas Letupan Di Beirut

Amri Hassan
07/08/2020
02:45 MYT
Pelakon Lubnan, Nadine Nassib Njeim mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan selama enam jam susulan terkena letupan di Beirut pada Selasa.
Kata Nadine yang tinggal berhampiran kawasan letupan, separuh badannya berlumuran darah.
"Separuh muka dan badan saya penuh darah. Namun, saya bersyukur kerana terselamat walaupun kawasan letupan itu berdekatan dengan tempat tinggal saya.
"Jika anda melawat rumah dan melihat darah merata-rata, anda pasti terkejut bagaimana kami masih hidup," kongsinya menerusi Instagram.

بشكر ربي أولاً رجع خلقني وأعطاني عمر جديد الانفجار كان قريب والمنظر مش متل الحكي فعلاً يلي بيفوت عل بيت وبيشوف الدم وين ما كان وكل شي مكسر ما بيقول انه بعدنا عايشين الحمدالله الف مرة عطاني القوة انزل ٢٢ طابق حافية مغطسة بالدم تقدر خلص حالي الناس كلها مدممة جرحى قتلى سيارات مكسرة ناس عم تصرخ وتبكي وقفت سيارة قلتله دخيلك ساعدني كان ابن حلال وصلني على اول مشفى رفضوا يستقبلوني لانه كانت مكدسة بالجرحى رجع اخدني على مشفى المشرق اسعفوني وخضعت لعملية ٦ ساعات لانه نص وجهي وجسمي مدمم بس يلي شفته عل ارض صعب كتير ينوصف فعلاً وكأنه قنبلة نووية شكراً يا رب انك حميتني وحمدالله ولادي بخير وسلامة ما كانوا بالبيت بشكر الله كل لحظة ويا رب ترحم الموتى وتشفي الجرحى ????

A post shared by Nadine Nassib Njeim (@nadine.nassib.njeim) on

Nadine yang memiliki dua cahaya mata turut berkongsi detik cemas di ruang tamunya yang bersepah dan kaca berterabur sejurus letupan.
Tambah Nadine, lebih mencemaskan apabila hospital enggan menerimanya untuk dirawat ekoran jumlah mangsa yang terlalu ramai.
"Saya turut berkaki ayam dengan badan dipenuhi darah dan meminta bantuan seorang lelaki menghantarkan ke sebuah hospital.
"Bagaimanapun, hospital terbabit enggan menerima saya kerana terlalu ramai pesakit yang cedera.
"Dia kemudiannya menghantar saya ke hospital lain dan di situlah saya dirawat dan dibedah selama enam jam," tambahnya.
Nadine bersyukur kedua-dua anaknya tiada ketika kejadian.
Selain Nadine, beberapa selebriti terkenal Lubnan turut terjejas ekoran letupan di Beirut.
Antaranya penyanyi Haifa Wehbe, Ragheb Alama dan Elissa yang berkongsi keadaan rumah mereka yang musnah selepas letupan serta pereka fesyen Dalida Ayach yang cedera dan kini sedang dirawat di sebuah hospital.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Padang Jarak, Padang Tekukur...Beginilah Keadaan Beirut Selepas Dua Letupan Besar

gempak
05/08/2020
10:07 MYT
Hari ini dunia dikejutkan dengan berita dua letupan besar menggegarkan Beirut, Lubnan pada Selasa yang menyebabkan lebih 100 orang terbunuh dan 4,000 yang lain cedera.
Berita

Letupan Di Beirut, Bapa Saudara Teman Lelaki Sajat Antara Yang Terkorban

gempak
05/08/2020
02:33 MYT