Viral
Berjubah & Pakai Tudung Serba Hitam, Bekas Isteri Keith Foo Peluk Islam - “Ramai Ahli Keluarga & Rakan Hadir Untuk…”
Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo iaitu Kim Raymond dilaporkan sudah memeluk Islam pada 24 Oktober lalu di Markas Al Khaadem, Kampung Sungai Kayu, Petaling Jaya.
Ahli keluarga & rakan hadir
Berita gembira itu dikongsikan di Instagram Newmuslimcommunity dengan turut memuat naik foto Kim Raymond atau Kim Amal Raymond memakai jubah serta tudung serba hitam
ARTIKEL BERKAITAN: Rujuk Riena Diana Hal Agama, Keith Foo Seronok Bersedekah & Dengar Ceramah Untuk Ilmu Baharu - “Saya Tanya Dia Apa Yang…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Dah Agak Lama Saya Tak Terima Mesej Kamu Mahu Bertemu Dengan Anak" - Bekas Isteri Keith Foo
Menerusi perkongsian itu juga, ramai ahli keluarga dan rakan rapat Kim Raymond yang juga seorang model itu hadir bagi menyaksikan momen penuh indah.
“Dengan Hidayah Allah SWT, Kim Amal Raymond dari Malaysia memeluk Islam di markas Al Khaadem pada 24 Oktober 2024.
“Ramai ahli keluarga dan rakan-rakannya hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh barakah itu,” kongsinya.
Doa & terima kasih
Mendoakan agar menjadi seorang muslim yang baik, pada perkongsian itu turut berterima kasih kepada penaja yang membantu saudara baru memulakan perjalanan mereka dalam mengenali Islam lebih mendalam.
“Semoga Allah SWT memberikan ketabahan dan menjadikannya seorang muslim yang soleha dan beramal.
“Terima kasih khas kepada penaja Kit Muslim Baru kami yang indah oleh @zaahara.group untuk membantu saudara baru kami memulakan perjalanan mereka! BarakAllahu Feekum!,” katanya.
Bagaimanapun, ruang komen di perkongsian tersebut ditutup.
Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak perempuan bernama Skylar Raymond pada 30 Mei 2017.
Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila pasangan itu sah bercerai pada Disember 2019.
Must-Watch Video