,
Berita

Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail

Awani
07/05/2024
15:58 MYT
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur M Fatta M Amin berkata, dua mangsa tersebut tersepit dalam kenderaan masing-masing dan berjaya dikeluarkan anggota bomba.
"Salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) manakala seorang lagi yang cedera terus menerima rawatan di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

BERITA TRENDING: Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail

Beliau memaklumkan insiden itu menyebabkan 17 buah kenderaan rosak dan landasan monorel berhampiran turut terhalang oleh dahan daripada pokok tumbang tersebut.
Kejadian itu juga menyebabkan kerosakan fasiliti awam di kawasan itu termasuk perhentian bas di tepi laluan berkenaan.

“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam 14.19 petang, seterusnya menghantar jentera ketempat kejadian.

“Keluaran pasukan operasi daripada BBP Jalan Hang Tuah bersama tiga balai bantuan, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sentul bersama jentera FRT-4 dan EMRS-4, dengan kekuatan 27 orang anggota lain-lain pangkat,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Hujan lebat, angin kencang

Media pada Selasa melaporkan sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang pada petang Selasa susulan hujan lebat dan angin kencang di kawasan berkenaan.
Berdasarkan beberapa gambar dan video tersebar di laman sosial, lokasi kejadian adalah berhampiran sebuah hotel dan sebuah kompleks beli-belah di sana.
Video dan gambar tersebut menunjukkan beberapa kereta remuk teruk akibat dihempap pokok besar itu.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.