BERITA
Seorang Lagi Mangsa Nahas Rempuhan Honda Jazz Meninggal Dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, di Seremban, Negeri Sembilan, Khamis lalu, meninggal dunia pada 7.23 malam tadi.
BERITA TRENDING: Kakak Pemandu Honda Jazz Mohon Maaf, Netizen Desak Jumpa Keluarga Mangsa - “Pergi Jumpa Depan-Depan Bukan…”
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).Katanya, kematian itu menjadikan keseluruhan tiga remaja maut setakat ini.
"Mangsa adalah penunggang motosikal Honda Vario yang dinaiki bersama rakan lelakinya berusia 13 tahun.
"Sekarang, tiga yang parah masih dirawat di hospital sama iaitu rakan kepada Aisar Azim dan pemandu serta penumpang Honda Jazz, masing-masing berusia 18 dan 17 tahun," katanya kepada media.
BERITA TRENDING: Michael Ang Berang, Harap Pemandu Honda Jazz Dapat Hukuman Berat - “Kalau Ni Anak Aku, Aku Sendiri Hantar Ke Polis, Kurung Dalam Jail!”
BERITA TRENDING: Dua Remaja Maut Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat
Jenazah dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Taman Maqbarak Salimah, Taman Zaitun Indah, dekat Sikamat, di sini. Media pada Jumaat lalu melaporkan dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dikatakan dirempuh kereta Honda Jazz.Mohamad Hatta dilaporkan berkata, Honda Jazz dipandu lelaki berusia 18 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu, didakwa gagal berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum merempuh dua motosikal.
Must-Watch Video