,
Viral

“Sengaja Atau Tidak Sengaja, Suami Wajib Bayar Hutang Nafkah Tertunggak” - Ustaz Azhar Idrus

Khairil Khusyairi
10/10/2024
07:25 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hukum suami berhutang nafkah dengan isteri.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Azhar tampil menjawab persoalan seroang individu yang bertanyakan apakah seorang suami wajib membayar semula nafkah tertunggak selama tiga hari.
Jelas Ustaz Azhar, suami wajib membayar semula hutang nafkah yang tertunggak walaupun sengaja atau tidak sengaja melainkan si isteri menghalalkan hutang tersebut.

“Jika suami tidak memberi nafkah kepada isterinya samada sengaja atau tidak sengaja maka ia menjadi hutang yang wajib dibayar oleh suami melainkan isterinya menghalalkan hutang tersebut.

“Jika sengaja tidak diberi nafkahnya maka suami itu berdosa dan jika tidak sengaja seperti jatuh miskin maka diberi tangguh sampai dia mempunyai harta maka wajib dibayarnya ketika itu,” jelas Ustaz Azhar.Syeikh Ibnu Qasim pernah berkata dalam kitab Fathul Qarib, dan jika lemah suami dari memberi nafkahnya yakni nafkah esok harinya maka hendaklah isteri itu bersabar atas kemiskinannya itu dan belanjalah menggunakan hartanya dahulu atau dia berhutang dan jadilah harta tersebut hutang atas suami.
Maksudnya jika dilihat pada soalan nafkah harian isteri ialah RM50 maka suami dikira berhutang dengan isterinya sebanyak 3 hari nafaqah yaitu RM150 yang wajib suami membayar hutang tersebut apabila suami mempunyai harta dan hutang tersebut tidak hangus melainkan isteri yang menghalalkannya dengan sukarelanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Dedah Fatima Tak Pernah Dapat Duit Raya Daripada Fattah Amin - “Sejujurnya Saya Memang Sedih…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat Tahu Bekas Isteri Bekerja Sebagai Pelacur, Lelaki Ini Saman Dan Tuntut Nafkah Anak

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 24 Anak Dari 3 Isteri, Rumah Lengkap Masjid, Lelaki Ini Habiskan RM85,000 Sebulan Untuk Nafkah

ARTIKEL BERKAITAN: Sangkakan Salah Faham Dah Selesai, Shu Shukri Bengang Hafidz Roshdi Ungkit Kembali Isu Nafkah- "Kau Nak Apa Ni Weh?"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Berita

Tiga Kali Berkhalwat, Duda Anak Lima Dihukum Sebat Depan Khalayak Ramai Masjid

gempak
20/11/2024
15:25 MYT
Seorang duda menjadi lelaki pertama dijatuhi hukuman enam sebatan depan khalayak ramai di sebuah masjid di Terengganu pada 6 Disember ini atas kesalahan khalwat berulang.
Hiburan

Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500, Ini Respons ‘Padu’ Sharnaaz Ahmad - “Jaga Anak Tu Elok-Elok, Jangan Ikut Perangai…”

gempak
09/11/2024
23:55 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi paparan skrin komen netizen yang mengungkit semula isu bayaran nafkah sebanyak RM500 yang pernah diberikan kepada bekas isterinya iaitu usahawan Noor Nabila.
Hiburan

Kilauan Emas 2024: “Benda Berkaitan Hutang Jangan Dibiarkan Tergantung” - Gee Mahu Selesaikan Hutang, Nak Tenang Buat Umrah

gempak
05/11/2024
02:50 MYT
Juara Kilauan Emas 2024, Gie Hamid, 48, merancang menggunakan wang RM30,000 hasil kemenangannya untuk melangsaikan hutang.
Hiburan

Tapis Pamer Kebahagiaan Di Sosial Media, Musim Artis Bercerai Buat Hati Syamel Gusar - "Kita Dah Didedahkan Dengan..."

gempak
20/10/2024
03:55 MYT
Pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu berkata dia dan isterinya yang juga penyanyi Ernie Zakri juga pernah berdepan cabaran dalam perkahwinan sama seperti pasangan suami isteri lain.
Unitar