,
Laman Utama

Sendu Lagi Ke Khodi? Ini Komen Tuan Punya Diri...

Asraf Aided
07/06/2021
07:40 MYT
Penyanyi yang sedang mencipta nama, Khodi, 20, akui namanya masih belum mendapat perhatian dalam industri hiburan tempatan meskipun telah melancarkan beberapa single sebelum ini.
Menurut pemilik nama sebenar Seri Khodijah Kamarul Bahrin ini, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dan memperbaiki diri.
"Saya mula menyanyi sejak umur 12 tahun dan niat saya sehingga sekarang tak pernah berubah, saya mahu terus berkarya dan belajar untuk memperbaiki diri sebagai seorang anak seni.
"Dalam beberapa tahun ini, saya diberi peluang untuk melancarkan lagu yang saya hasilkan bersama beberapa produser terkenal dan perkara ni telah menjadi fokus utama saya.
"Saya sedar, banyak lagi ilmu yang saya mesti perolehi," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, artis di bawah naungan Sony Music Malaysia ini juga sentiasa percaya pada aturan rezeki Allah SWT.
Justeru, dia akan terus berusaha dengan berkat doa serta dorongan dari keluarga.
"Saya tahu rezeki ada di mana-mana. Insya-Allah, perlahan-lahan saya kayuh dalam industri muzik untuk mencapai potensi yang sepenuhnya.
"Sokangan dan berkat doa dari keluarga juga memang memberi saya semangat untuk terus keluar dari zon selesa," katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Khodi kini tampil dalam single bersama Benzooloo menerusi lagu Emosi.
Emosi merupakan salah satu runut bunyi (OST) untuk drama bersiri Scammer yang dibintangi oleh Siti Saleha, Fasha Sandha, Kamal Adli, Didie Alias dan ramai lagi.
Scammer diarahkan oleh Norhanisham Muhammad yang merupakan penulis untuk drama bersiri popular The Maid sebelum ini.
Drama 20 episod ini ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, 11 malam di Astro Ria.
Ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.