HIBURAN
Senario Dedah Rahsia Kekal Relevan 30 Tahun - "Kami Tak Pernah Gaduh Besar, Semua Pandai Jaga Mulut & Hati"
Bagi yang merindui kumpulan Senario nantikan kemunculan mereka dalam Muzikal Lawak Bangsawan: “Mimpi Tuanku” @ senariounion yang akan dipentaskan pada 28 Jun 2025 (Sabtu), jam 9 malam di Panggung Bangsawan (Cathay Lama) Melaka.
Muzikal Lawak Bangsawan ini menjanjikan gabungan mantap antara elemen komedi moden dan keindahan teater bangsawan tradisional. Antara tarikan utama pementasan ini adalah penampilan istimewa barisan artis legenda kumpulan Senario yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia lawak tanah air.
Senario atau dikenali SenarioUnion adalah kumpulan pelawak, pelakon, penyanyi dan penulis lirik yang dibentuk daripada program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan.
Biarpun bersilih ganti keahlian sejak ditubuhkan pada awal 90-an yang membabitkan Wahid, Lan Pet-Pet, Azlee Jaafar, Ilya Buang, Allahyarham Hamdan Ramli, dan dua ahli iaitu Shamsul Ghau Ghau dan Farouk Hussain yang menarik diri, kumpulan itu kini membabitkan enam orang selepas kemasukan Saiful Apek dan Yassin Yahya.
.jpeg)
Azlee berkata, kumpulan berkenaan seperti adik beradik dan mereka sangat rapat dan cukup menjaga silaturahim, selain sentiasa berdoa ukhwah mereka terus berpanjangan.
“Kami tidak pernah berpecah biar apa pun rintangan dihadapi dengan susah senang bersama kerana kesemua mereka bijak menjaga adab pergaulan selain bersikap profesional dalam kerjaya.
“Setakat ini tiada pergaduhan besar dalam kalangan mereka jika ada cuma percanggahan pendapat namun sentiasa mencari penyelesaian untuk kebaikan. Bagi kami, pandai menjaga mulut dan hati sesama mereka selain ketika bekerja semua serius untuk menghasilkan yang terbaik menjadikan kami memahami isi hati masing-masing," katanya.
Sementara itu kata Apek pula, antara rahsia kumpulan berkenaan kekal selepas hampir 30 tahun kerana setiap mereka tidak pernah merasa diri masing-masing lebih hebat daripada kalangan mereka biarpun memiliki kelebihan tersendiri.
“Kami semua ahli kumpulan Senario 'sign mati' tak akan berpecah sehingga akhir hayat,"luah ahli kumpulan terbabit Saiful Apek berkenaan tekad mereka bersama untuk kekal selagi hayat dikandung badan," tambahnya.
Menurut Mazlan pula, kemesraan antara mereka sememangnya tidak dapat disangkal kerana hubungan yang ada dijaga sebaik mungkin sejak awal pembabitan mereka lagi.
"Saya juga tidak menduga sokongan masih padu buat kumpulan itu terutama dalam kalangan generasi muda yang mungkin juga didokong hasil kerja menghiburkan termasuk tampil aktif di platform media sosial," kata Lan.
Turut menyinari pentas ialah ikon bangsawan, Datuk Jalaluddin Hassan, yang bakal membawa watak penting sebagai Sultan yang akan menyuntik keanggunan dan kredibiliti pada naskhah ini.
Selaku pengarah dan juga penulis skrip bagi persembahan teater bangsawan ini, Lokman Ghani menambah, Jalan cerita teater ini mengambil inspirasi daripada naskhah hikayat klasik Melayu.
“Pementasan ini mengangkat misi yang bersulam pengembaraan, keindahan bahasa, sindiran sosial serta humor segar dengan pendekatan kontemporari yang mampu menarik minat penonton pelbagai generasi. Penganjuran muzikal ini bertujuan untuk mengangkat semula seni teater bangsawan ke arus perdana bagi merapatkan jurang antara generasi lama dan baru dalam menghargai nilai budaya.
“Gabungan elemen tradisi dan moden melalui lakonan pelawak tersohor serta penyampaian muzik dan lakonan yang memukau diyakini dapat menjadikan karya ini satu fenomena baharu dalam arena seni persembahan negara,” katanya yang juga merupakan pengasas kepada Persatuan Teater Negeri Melaka (PERTEM).
Pementasan teater muzikal lawak bangsawan yang penuh warna warni, jenaka dan warisan budaya ini dibawakan buat kali keduanya oleh kali kedua oleh MCorp danYasstar Empire yang dipersembahkan oleh Panggung Bangsawan Melaka.
Manakala Ashraf Muslim dari Boolan Trending merupakan rakan strategi yang mengeluarkan peruntukan ke atas projek muzikal lawak bangsawan ini. Teater muzikal ini turut mendapat mendapat sokongan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Boolan Trending, PERTEM dan Grand Swiss BelHotel, Melaka.
Tiket-tiket boleh didapati di https://www.ticket2u.com.my/ dengan harga PROMOSI serendah RM100 (Silver) RM200 (Gold), RM 250 (Priviledge) dan RM 300 (VIP).
Must-Watch Video