,
Laman Utama

Senang Tertekan, Pitam Belakang Pentas, Ajoi Zainal Akui Dirinya Lemah - “Saya Akan Come Back Stronger”

Azwa Rahman
09/03/2022
23:26 MYT
Bintang Big Stage 2022 Ajoi Zainal mengakuinya dirinya seorang yang mudah tertekan apabila berdepan cabaran.
Pada minggu lalu, Ajoi didapati pitam di belakang pentas selepas membuat persembahan konsert keempat sehingga dikejarkan ke Hospital Putrajaya bagi menerima rawatan.
Menurut Ajoi, dia sebenarnya seorang yang tidak bertenaga dan senang terganggu dengan faktor-faktor luaran.
“Saya memang tak boleh tertekan dan senang tertekan. Masuk pertandingan Big Stage ni, saya tertekan dengan tugasan dan bukannya sebab saya tak boleh terima kritikan juri. Tapi start minggu ni saya dah okay sebab saya jumpa cari ketenangan yang saya nak.
“Saya seorang yang tak fit. Tak cukup tenaga, over practice, itulah yang berlaku minggu lepas bila saya tak sihat. Ramai orang cakap saya diserang kegelisahan tapi saya tak pernah didiagnos dan ia tidak pernah berlaku seumur hidup saya.
“Seminggu ni saya hanya duduk rumah dah rehat. Memang doktor cakap saya tak cukup rehat,” jelas Ajoi kepada Gempak.
Ajoi ditemui seusai konsert kelima Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Pada konsert yang bertemakan #ThisIsSitiNurhaliza itu menyaksikan Sofiaa Marieylla atau lebih dikenali sebagai Mami Jerung tersingkir.
Membaca mengenai komen-komen netizen yang mendakwa dirinya seorang yang lemah, Ajoi tidak terasa hati malah sedang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.
“Saya tak marah pun bila netizen kata saya lemah, memang nampak dari raut muka saya. Saya kena come back stronger. Saya akui saya lalui bermacam benda dari minggu pertama lagi, diri saya ni, semangat diri saya yang bermasalah.
“Ditambah pula dengan masalah keluarga dan expectation orang pada saya, saya senang down dan stress. Senang cakap dari minggu pertama sampai minggu keempat tu, itu bukan diri saya.
“Saya kena pandai jaga manage masalah luaran dan masalah dalam Big Stage supaya tak jadi lagi perkara-perkara macam ni,” katanya lagi.
Penerbitan Big Stage 2022 disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Selain Ajoi, 7 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Tegar Septian, Syafiq Abdilah dan Megat Rahim.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

INNOVATHON Program Realiti TV Cungkil Idea Inovatif! Tawar Modal Asas RM1 Juta

gempak
14/04/2023
14:22 MYT
Rancangan realiti baharu Innovathon cungkil idea-idea inovatif rakyat Malaysia!
Laman Utama

Hilang 10kg Dalam Tempoh 2 Bulan, Yazmin Aziz Lebih Confident; “Selamat Tinggal Era Zaman Badan Chubby…”

gempak
15/12/2022
14:00 MYT
Yazmin Aziz dah kurus!
Laman Utama

Gagal Bayar Sewa, Tegar Septian Diusir Dari Rumah! - “Orang Tua Aku Mahu Tidur Mana…”

gempak
09/11/2022
11:00 MYT
Tegar Septian diusir dari rumah sewa
Laman Utama

Aisha Retno Dapat Ilham Lagu Sutera Sambil Ditemani Kucing - "Ia Tentang Permaisuri Jawa Yang Hatinya Dilukai Lelaki"

gempak
31/07/2022
10:44 MYT
Penyanyi yang kian meningkat naik, Aisha Retno tampil dengan buah tangan terbaru buat para peminat menerusi single Sutera.
Laman Utama

"Dah Tak Rahsia Dah!" - Lia Aziz Kini Isteri Gitaris Treehill, Arash Azimi

gempak
23/07/2022
06:21 MYT
Dengan satu lafaz, bintang Big Stage 2022, Lia Aziz telah selamat diijabkabulkan bersama pemain gitar kumpulan Treehill, Arash Azimi Anuar di Masjid Al-Amin, Selangor, pada Sabtu.