Gaya Hidup
"Senaman Berat Waktu Malam Boleh Cetus Serangan Jantung" - Pakar
Walaupun senaman amat digalakkan, namun senaman berat pada waktu malam boleh mengganggu kualiti tidur yang menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung bagi sesetengah individu.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Mohammad Farhan Rusli berkata, waktu tidur yang tidak berkualiti itu juga boleh menjadi punca serangan jantung dalam jangka panjang.
“Bagi kebanyakan orang, senaman yang dilakukan dengan betul atau pada masa yang sesuai tidak akan mengakibatkan masalah kesihatan yang serius.
“Penting untuk kita mengetahui isyarat tubuh sendiri dan berunding dengan doktor sebelum memulakan sebarang aktiviti serta senaman yang intensif.
“Ini termasuk berlatih untuk pertandingan Ironman atau maraton yang panjang dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada Ahad lepas, pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.20 malam akibat serangan jantung ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia.
BERITA TRENDING: Pemain Badminton China Rebah, Meninggal Dunia Ketika Game Lawan Jepun
BERITA TRENDING: Kakak Pemain Badminton Zhang Zhi Jie Luah Rasa Kecewa Dengan Pemergian Adik - “Pasukan Perubatan Tiba Lambat”
BERITA TRENDING: Pernah Menjuarai Pelbagai Pertandingan, Ini Profil Zhang Zhi Jie, Pemain Badminton China Yang Meninggal Dunia
Tekanan fisiologi
Mohammad Farhan menjelaskan, senaman berat akan meningkatkan tekanan fisiologi terhadap tubuh individu.Katanya lagi, ia mungkin menyebabkan kadar kortisol atau hormon stres bertambah dan memberi tekanan berlebihan kepada sistem kardiovaskular.
“Apabila mereka melakukan senaman terlalu dekat dengan waktu tidur, ia boleh meningkatkan hormon stres pada tubuh masing-masing.
“Masalah tersembunyi seperti penyakit jantung juga mungkin tidak diketahui, dan boleh menjadi penyebab rebah semasa bermain sukan,” ujarnya.
BERITA TRENDING: Ahli Bina Badan, Suharwardi Dahlan Meninggal Dunia
Mohammad Farhan menegaskan orang ramai perlu melakukan saringan kesihatan yang komprehensif secara berkala bagi mengenal pasti penyakit pada peringkat awal sekali gus dapat mengelak daripada perkara yang tidak diingini.Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video