gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris
HIBURAN
“Saya Reda, Asalkan Anak-Anak Bahagia” – Aliff Aziz Ulas Hubungan Rapat Bella Astillah & Syed Saddiq
HIBURAN
JKKN & KESUMA Segarkan Warisan Melayu Menerusi ‘Temasya Tari Melayu: Lama Dalam Baharu’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Semua Bekas Madu & Isteri Disiasat, Inspektor Mula Suspek Sesuatu?

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
27/07/2022
09:37 MYT
Sponsor Banner
Semua Bekas Madu & Isteri Disiasat, Inspektor Mula Suspek Sesuatu?
Selepas pelbagai andaian timbul, akhirnya kes pembunuhan Jay bakal disiasat dalam episod keempat The Maid 2, malam ini.
Dalam episod hari ini, Inspektor Kasri yang datang ke resort itu akan mula menyoal siasat isteri abahru Jay iaitu Qina serta tiga bekas isterinya, Suhana, Nadia dan Fika.
Suhana minta Remy bantu cari bukti untuk bersihkan nama mereka. Tetapi Remy pula diberi amaran oleh Qina agar jangan bantu Suhana.
Apa yang pasti, Inspektor Kasri merasakan mereka mempunyai motif yang kuat dan mahu menghubungi pihak ibu pejabat untuk melaporkan mengenai siasatanya.
Namun Inspektor Kasri menemui cabaran untuk mencari isyarat telefon sehingga sesuatu berlaku kepadanya. Apakah yang berlaku kepada Inspektor Kasri?
Siapakah pembunuh misteri pada kali ini? Saksikan The Maid 2 yang ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
The Maid 2 menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik. Peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana lakonan Sherry Alhadad, Nadia (Datin Paduka Eina Azman) dan Fika (Ezzaty Abdullah) selepas mereka diceraikan oleh Jay (Norman Hakim), penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.
Musim terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.
Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay.
Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.
Selain itu, ‘Video Pengakuan The Maid 2’ (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.
Topic Berkaitan
#Madu
#Isteri
#Polis
#Suspek
#Siasat
#The Maid 2
#Inspektor
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement