,
Laman Utama

Sempoi! Peserta Perarakan Sempat Keluar Perbarisan Sebab Nak Bergambar Dengan Ustaz Azhar Idrus!

Izwan Isa
01/09/2023
04:50 MYT
Sambutan Hari Kebangsaan berlangsung dengan penuh meriah semalam. Masakan tidak, orang ramai khususnya warga Kuala Lumpur dilihat sudah mula berkumpul di Putrajaya sejak tengah malam semata-mata mahu melihat acara perarakan dengan lebih dekat.
Seperti sudah dijangka, perarakan kontinjen badan beruniform merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu, khususnya daripada kontinjen bomba.
Sorakan demi sorakan diberikan kepada kontinjen berkenaan, lebih-lebih lagi apabila anggota bomba yang terlibat turut mesra melayan karenah penonton.
@ikhwannajmi7
??❤️?♬ 31 Ogos - Dato' Sudirman Namun, lain pula halnya yang berlaku di Terengganu. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus ketika perarakan telah menarik perhatian anggota beruniform yang terlibat sehingga menyebabkan mereka berhenti seketika untuk bergambar.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok, Ustaz Azhar yang mengenakan jubah berona kelabu itu dilihat mesra berjabat tangan dengan anggota perarakan.
Tidak kurang ada yang sempat bergambar dengan pendakwah popular itu.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengguna TikTok memberikan respons positif terhadap interaksi tersebut.
Ada juga yang memberi cadangan supaya Ustaz Azhar turut serta dalam perbarisan yang sama.
Untuk rekod, Ustaz Azhar pernah melakukan hal yang serupa pada sambutan Hari Kebangsaan pada tahun lalu.
BACA: “Kucing Buang Najis Rumah Jiran & Pemilik Buat Tak Tahu, Boleh Buang Kucing Tu” - UAI​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

gempak
04/09/2024
01:30 MYT
Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.
Viral

"Tak Tahu Kaki Patah, Saya Tengok Perarakan Sampai Tamat"

gempak
03/09/2024
10:42 MYT
Beberapa jam sebelum sambutan Hari Kebangsaan 2024, seorang wanita tidak menyangka mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat terjatuh.
Drama

Baiknya Semua Anak Murid Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Ni! Memang Behave Masa Sertai Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

gempak
31/08/2024
15:06 MYT
Pelakon drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiragi juga turut sama memeriahkan perarakan yang berlangsung pada Sabtu di Dataran Putrajaya.
Viral

Terhibur Lihat Gelagat Menari Sambil Beri Isyarat Penerbangan, Netizen Gigih Cari Abang Shuffle - "Paling Rare! Tolong Reveal Bro Ni Siapa Boleh Tak?"

gempak
31/08/2024
13:25 MYT
Lelaki ini yang secara tiba-tiba menjadi tular kerana gelagat spontannya ketika menari telah disiarkan secara langsung pagi tadi.