,
Laman Utama

Sempena Mid-Year Sale, Go Shop Tawar Diskaun Hingga 60%!

Syafiqah Jalal
04/06/2021
14:44 MYT
Platform membeli-belah dan e-dagang utama di Malaysia, Go Shop tawarkan potongan harga sehingga 60 peratus sempena kempen Mid-Year Sale atau Jualan Pertengahan Tahun.
Susulan sekatan pergerakan penuh yang sedang berkuatkuasa di seluruh negara, Go Shop, sentiasa memastikan rakyat di negara ini dapat berbelanja dengan selamat di rumah dengan diskaun khas untuk pelbagai pilihan produk yang ada.
Pelanggan boleh terus membeli barang keperluan di laman web dan aplikasi mudah alih Go Shop dari keselesaan rumah mereka sendiri.
Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim berkata dalam era norma baharu ini, membeli-belah dalam talian di rumah kini sudah menjadi keperluan dan pelanggan sentiasa mencari tawaran pilihan produk dengan nilai tambah yang berbaloi.
“Go Shop menawarkan barangan berkualiti dan boleh dipercayai daripada makanan kesihatan dan bahan makanan hingga peralatan memasak, perkakas rumah, peralatan kecergasan dan barangan elektronik digital.
“Kami akan terus berkhidmat kepada para pelanggan dengan menawarkan pengalaman membeli-belah tanpa sentuhan dalam usaha membantu melandaikan lekuk pandemik.
"Menerusi kempen Jualan Pertengahan Tahun yang kami tawarkan, para pelanggan dapat menikmati potongan harga dan penghantaran percuma sekaligus memberi nilai tambah untuk setiap pembelian mereka," tambah Christinne.
Kempen Jualan Pertengahan Tahun Go Shop menawarkan potongan hingga 60%, produk di bawah RM30 dan tawaran pelepasan akhir dari 3 Jun - 30 Jun 2021. Pelanggan juga boleh menggunakan kod 'MID25' untuk menikmati potongan hingga RM40* untuk rangkaian produk yang ditampilkan di program televisyen Go Shop.
Selain itu, para pelanggan juga berpeluang menikmati pelbagai program istimewa baharu Go Shop bulan ini - Brand Fiesta, Food Fiesta, Happy Village dan Happy Family. Pelanggan yang ingin meningkatkan skill dan kemampuan memasak boleh menonton Brand Fiesta pada setiap hari Khamis 11 pagi di Astro CH118, menampilkan Master Chef Sabri Hassan yang akan menunjukkan dan berkongsi cara memasak pelbagai menu makanan yang lazat menggunakan peralatan memasak terbaik keluaran La Gourmet dan Shogun.
Manakala program Food Fiesta pula akan memperkenalkan makanan kesihatan dan suplemen tambahan yang dapat meningkatkan sistem ketahanan badan serta meningkatkan tenaga. Program ini disiarkan pada setiap hari Sabtu jam 12 tengah hari di Astro CH303 dan setiap hari Ahad jam 9 pagi di CH120.
Manakala dua lagi program istimewa Happy Family dan Happy Village pula menampilkan pelbagai produk Go Shop merangkumi kategori seperti perkakas rumah, peralatan memasak, makanan, kecergasan serta barangan keperluan untuk living & leisure. Saksikan Happy Family pada setiap hari Rabu dan Ahad jam 12 tengah hari di Astro CH303, dan Happy Village setiap hari Selasa dan Sabtu jam 11 pagi di Astro CH118.
Oleh kerana seluruh negara kini sedang menjalani sekatan pergerakan penuh fasa pertama, Go Shop juga turut menawarkan penghantaran percuma ke Sabah dan Sarawak hingga 10 Jun. Saksikan rangkaian saluran Go Shop setiap hari di Astro - Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120), CH111 dalam Bahasa Malaysia atau CH303 dalam Bahasa Mandarin.
Program televisyen Go Shop juga boleh distrim menerusi laman web dan aplikasi mudah alih. Berbelanja di Go Shop melalui www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.
Viral

Syarikat Penerbangan Tersalah Buat Diskaun, Harga Kelas Pertama Dipotong 85%

gempak
28/08/2024
05:51 MYT
Sebuah syarikat penerbangan terkenal Australia, Qantas Airways Limited menjadi ‘kelam kabut’ selepas tersalah membuka diskaun pada bahagian kelas pertama sehingga 85 peratus.
Gaya Hidup

Baju Kebaya Hari Jadi Jutawan Tudung Bernilai RM134,000 - "36,000 Butir Kristal Swarovski, Fabrik Dari Eropah"

gempak
10/07/2024
01:00 MYT
Jutawan tudung Haliza Maysuri tampil berkongsi nilai busana yang dipakainya ketika sambutan hari jadi ke-47 pada hujung minggu lalu.
Advertorial

PayLater by Grab Lanjutkan Mid Year Sale 2.0 Dengan Tawaran Diskaun Sehingga RM25 OFF! Jom Shopping Sekarang!

gempak
20/06/2024
11:30 MYT
Zaman serba digital sekarang, semua benda yang kita nak, kita boleh pesan dengan hanya di hujung jari. Jimat masa dan tenaga.
Berita

Harga Runcit Telur Gred A, B, C Diturunkan 3 Sen

gempak
17/06/2024
08:21 MYT
Kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.