,
Laman Utama

Sempat Ketuk Tingkap Minta Tolong, Influencer Mati Jatuh Dari Tingkat 68

Maliah Surip
02/08/2023
07:43 MYT
Influencer yang terkenal menerusi konten selfie dengan aktiviti ekstrem termasuk memanjat bangunan-bangunan tinggi di seluruh dunia dilaporkan meninggal dunia kerana terjatuh daripada sebuah bangunan yang dipanjatnya.
Remi Lucidi yang menggunakan nama Remi Enigma di laman sosialnya meninggal dunia selepas terjatuh daripada tingkat 68 bangunan Tregunter Tower yang dipanjat secara ‘curi-curi’ di Hong Kong pada Khamis lalu.
Warganegara Perancis berusia 30 tahun itu didakwa kali terakhir dilihat oleh seorang pembantu rumah sewaktu mengetuk tingkap di sebuah penthouse untuk mendapatkan bantuan.
Namun Lucidi tidak dapat bertahan sewaktu pembantu rumah tersebut menghubungi polis untuk bantuan lalu terjatuh dari tingkat 68, lapor South China Morning Post.
Ironi Lucidi didakwa telah menipu pengawal keselamatan dengan memberitahu ingin bertemu seorang sahabat di tingkat 40. Namun CCTV kemudian ‘menangkap’ dia berada di tingkat 49 tanpa kebenaran sebelum tanpa diketahui telah berada di tingkat 68.
Mayatnya ditemui pihak polis di kawasan bangunan bersama kad pengenalan dan kamera namun pihak berkuasa tidak mendedahkan foto terakhir Lucidi.
Dalam kalangan pengikutnya di media sosial, Lucidi amat terkenal dengan aktiviti memanjat bangunan tinggi dan melakukan selfie tanpa memakai alat keselamatan.
Sebelum terjatuh daripada tingkat 68 tersebut, dia pernah mempamerkan aksinya memanjat bangunan tinggi lain seperti di Dubai, Paris dan Thailanda.
Malah perkongsian terakhir Lucidi pada 24 Julai lalu mempamerkan foto panorama daripada tingkat tertinggi di Times Square Hong Kong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.