,
Berita

“Semoga Ditangkap, Sebelum Kau Ditetak”- Diana Danielle Berang Dengan Penyamun Dobi

Syafiqah Jalal
12/09/2018
11:28 MYT
Pelakon Datin Diana Danielle berang dengan dua penyamun dobi layan diri selepas video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan perbuatan keji mereka mula tular hari ini.
Diana kesal dengan apa yang berlaku dan berharap agar mereka dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.
“Kurang ajar! siap main acah acah nak tetak kakak tu yg dah tak tau nak lari mana. Malas & sel otak tak mampu berhubung sampai susah nak kerja cari duit halal tapi rajin pulak samun orang.
“Semoga ditangkap dan diberi peluang utk betulkan diri sebelum kau ditetak oleh org lain pulak dek perangai samseng cap ayam,” tulisnya.
Isteri kepada Datuk Farid Kamil itu meluahkan rasa marahnya menerusi akaun Instagram (IG) miliknya. Dalam entri yang sama dia turut memuat naik rakaman CCTV tersebut.
Rata-rata turut menyokong apa yang dikatakan oleh pelakon Gol & Gincu Vol. 2 tersebut.
Sedikit maklumat mengenai kejadian tersebut, ia dipercayai berlaku di Bandar Puteri Jaya, Kedah.
Menerusi rakaman CCTV menyaksikan wanita malang itu secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki dan berbual sebelum menyamun telefon bimbit mangsa.
Selain itu, suspek mengacukan parang ke arah mangsa dan merampas beg tangan.
Mangsa juga diarah menyerahkan rantai tangan sebelum seorang lagi lelaki muncul dan meragut rantai leher dengan menyelak tudung mangsa.Kedua-dua penjenayah itu kemudian melarikan diri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.