,
Laman Utama

Sembilan Bulan Berdiam, Joe Jonas Akhirnya Buka Mulut!

Asraf Aided
05/05/2021
01:22 MYT
Penyanyi Hollywood, Joe Jonas akhirnya bercakap tentang anak perempuannya, Willa yang kini berusia sembilan bulan.
Memetik laporan E News, Joe dan isterinya Sophie Turner sebelum ini lebih mengutamakan privasi dan tidak mendedahkan butiran mengenai cahaya mata mereka itu.
Namun dalam sebuah temubual pada Selasa, Joe mula menceritakan sedikit pengalaman sejak bergelar bapa.
"Ianya menakjubkan, saya seolah dipaksa untuk berada di rumah.
"Sebelum ini saya sentiasa sibuk ke sana ke sini dan mengembara, jadi, masa yang harus saya luangkan bersama keluarga ini sangat berharga dan ia tak akan kembali," katanya.
Meskipun gembira menikmati kehidupan berkeluarga, Joe akui berasa rindu untuk mengadakan konsert.
"Saya sangat rindu buat persembahan," akuinya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 dan meraikan ulang tahun perkahwinan ke-2 pada 1 Mei baru-baru ini.
Kredit Foto: Hollywood Reporter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar