,
Berita

Semangat Merdeka! Sejak 4 Pagi Dah Ramai Datang Dataran Putrajaya, Siap Ada Yang Glamping

Ernalisa
31/08/2024
00:51 MYT
Penuh warna warni dan boleh diibaratkan seperti lautan manusia, situasi itulah yang dapat digambarkan untuk sambutan hari Kebangsaan tahun ini.
Putrajaya mulai sesak dibanjiri orang ramai yang datang untuk bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan pada Sabtu.
Tinjauan Gempak juga mendapati jalan raya di kawasan tersebut mulai dipenuhi kenderaan sejak jam 3 pagi tadi.
Difahamkan ada juga yang sudah tiba di Dataran Putrajaya sejak jam 10 malam tadi dan bermalam di kawasan berkenaan dengan berkonsepkan 'glamping'.
Menariknya, ada diantara mereka yang hadir berpakaian dengan corak Jalur Gemilang, tidak kurang juga membawa bendera di tangan.
Tanpa mengira kaum dan usia, masing-masing berasa gembira untuk bersama-sama menyambut hari Kemerdekaan yang ke-67.
Untuk rekod, Putrajaya sebelum ini menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2003, 2005, 2018 dan 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Presiden Kelab Keluang Man Yakin Kemampuan Nas Muammar - "Dia Adiwira Tiada Kuasa Ajaib Tapi Kejujuran Yang Tinggi"

gempak
19/09/2024
04:55 MYT
Generasi yang lahir sekitar era 90-an pasti mengenali watak dalam siri animasi televisyen adiwira kanak-kanak, Keluang Man.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Berita

"Selamat Ulang Tahun Ke-25 Kak Ngah" - Bapa Arwah Nurin Jazlin Masih Rindu Pelukan Anak, Percaya Masih Hidup

gempak
11/09/2024
07:55 MYT
17 tahun berlalu, kisah kematian tragis kanak-kanak perempuan Nurin Jazlin Jazimin masih basah dalam ingatan rakyat Malaysia.
Sukan

Suasana Meriah Rai Kepulangan Wira Wirawati Paralimpik Paris 2024

gempak
11/09/2024
07:45 MYT
Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sekali lagi bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan tanah air ketika menyambut kepulangan barisan atlet para yang menggalas harapan negara di Sukan Paralimpik Paris 2024, malam tadi.
Hiburan

Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

gempak
04/09/2024
01:30 MYT
Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.