gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anak-Anak Anggota Nasyid Rabbani Dilantik Ikon Kursus Mutawwif, Auto Dapat Tempahan Satu Bas! - "Aeydan Muda, Ada Wajah-Wajah ..."
HIBURAN
Shila Amzah Dapat Layanan Seperti ‘Princess’ Sejak Ada Ubai - “Sebelum Ini Saya Tak Pernah…”
HIBURAN
Isu Kenyataan Fitnah: Saari Amri Mohon Maaf Pada Gitaris Barbarik, JoBranko
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Sebab Sebiji Epal, Saya Didenda RM1,000 Di New Zealand" - Umie Aida

Amri Hassan
Amri Hassan
04/07/2025
09:45 MYT
Sponsor Banner
"Sebab Sebiji Epal, Saya Didenda RM1,000 Di New Zealand" - Umie Aida
Pelakon Datin Paduka Umie Aida, berkongsi pengalaman peribadi yang berlaku ketika tiba di New Zealand baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, Umie menceritakan detik lucunya didenda sebanyak $400 New Zealand (sekitar RM1,000) gara-gara tertinggal sebiji epal dalam beg tangan semasa melepasi imigresen negara itu.
Menurut Umie, pada awalnya memang tidak membawa sebarang makanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika melalui proses pemeriksaan di lapangan terbang.
Namun, secara tidak sengaja, telah mengambil sebiji epal ketika berada di ruang rehat eksklusif (lounge) penerbangan sebelum menaiki pesawat.
“Ini namanya takdir. Saya memang tak bawa apa-apa makanan ke NZ kerana nak memudahkan diri masa kat immigration. Dijadikan cerita, masa kat lounge MAS Airline saya ambik sebiji apple untuk makan dalam flight sebelum tidur,” katanya.
Disebabkan terlalu keletihan, Umie tertidur dalam penerbangan dan terlupa tentang buah epal yang disimpan dalam begnya.
“Terlalu keletihan, saya terus tidur dalam flight, lupa bab apple. Bila sampai NZ… depa scan bag. Hihihi… ada apple dalam bag kita. So kita kena denda bayar $400," kongsinya.
Insiden itu nyata mengejutkan ramai pengikut dan peminat yang tidak menyangka bahawa peraturan biosekuriti di New Zealand sangat ketat, termasuk terhadap buah-buahan yang dibawa masuk.
Ramai juga meninggalkan komen bersimpati namun dalam masa sama terhibur dengan cara Umie Aida menyampaikan kisah tersebut.
Sebagai peringatan, New Zealand memang terkenal dengan peraturan ketat berkenaan pemakanan, tumbuhan dan haiwan yang dibawa masuk ke negara mereka termasuk buah-buahan, sayur, produk tenusu dan daging. Sebarang kegagalan untuk mengisytiharkan barangan tersebut boleh mengakibatkan denda yang tinggi atau tindakan undang-undang.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Umie Aida
#New Zealand
#Imigresen
#Epal
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement