gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Tak Perlu Tunggu Travel! Koleksi Rip Curl x Janggutbear Dah Bawa ‘Beach Vibes’ Masuk Almari Korang
VIRAL
Influencer Cantik M*ut Ditembak Ketika Live TikTok
HIBURAN
Doorgift Majlis Kahwin Luna Maya & Maxime Bouttier Buat Netizen Ternganga, Cecah Ribuan Ringgit! - "Kita Dapat Sudu Garfu Pun Dah Happy Ini Pula ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Semakin Ramai Pelajar Universiti, Lepasan Sekolah Hidap HIV

gempak
Gempak
15/05/2025
12:23 MYT
Sponsor Banner
Semakin Ramai Pelajar Universiti, Lepasan Sekolah Hidap HIV
Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan lepasan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti seksual.
Setiausaha Kehormat Majlis Aids Malaysia (MAC) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF), Dr Zaiton Yahaya berkata, kebanyakan mereka berusia 20 hingga 29 tahun antara 44 peratus golongan yang dikesan mendapat jangkitan HIV.
“Bagi pelajar sekolah berusia 13 hingga 19 tahun dengan empat peratus disahkan mendapat HIV, dan kebanyakan mereka disebabkan kegiatan seksual.
“Golongan tertinggi adalah remaja lepasan sekolah dan universiti, mereka tidak mengetahui risiko jangkitan, kes-kes jangkitan HIV akibat dadah dilihat makin berkurangan disebabkan kita kerap melakukan program kesedaran mengenai bahaya berkongsi jarum suntikan.
“Tetapi jangkitan akibat seksual makin meningkat, disebabkan itu kita meningkatkan program kesedaran supaya pesakit tahu mana nak pergi dan di mana mahu mendapatkan bantuan,” katanya kepada media.
Dr Zaiton berkata, disebabkan peningkatan ketara golongan ‘mentah’ ini, pihaknya mengadakan pelbagai program kesedaran mengenai jangkitan HIV di sekolah dan universiti.
Dari 1986 hingga 2023, 135,035 kes HIV direkodkan dengan 54,365 disebabkan hubungan seksual.
Terkini, lapan kes baharu melibatkan kanak-kanak bawah 13 tahun.
Sebanyak 62 peratus jangkitan berlaku dalam kalangan homoseksual dan biseksual, manakala 33 peratus melibatkan pasangan berlainan jantina.
Sebagai langkah pencegahan, MAC dan MAF melancarkan ProtectNow Hub iaitu sebuah platform digital pertama di Malaysia yang menyediakan akses kepada PrEP (Profilaksis Pra-Pendedahan), ujian kendiri HIV, dan sokongan kesihatan mental.
Platform ini bertujuan membantu individu membuat keputusan kesihatan secara tepat tanpa stigma.
Sumber: Buletin Utama
Topic Berkaitan
#Viral
#sekolah
#Universiti
#Berita
#Pelajar
#HIV
Must-Watch Video