gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
KELUANG MAN
Penangan Nostalgia Keluang Man, Lebih 7,000 Orang Enjoi Di Acara Fun Run Superhero Original Pertama Malaysia
HIBURAN
“Takkanlah Mama Saya Nak Racun Anak Sendiri” – Selesai Berpantang, Atikah Suhaime Berang Ditegur Makan Ikan Pari
HIBURAN
Hael Husaini Usap Dagu Dayang Nurfaizah Sebab…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Semakin Berisi, Netizen Teka Marissa Dania Hamil?

gempak
Umirah Halim
07/04/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Semakin Berisi, Netizen Teka Marissa Dania Hamil?
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan pempengaruh Marissa Dania yang juga anak kepada pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi.
Terbaharu, pengguna media sosial sekali lagi meneka bahawa Marissa sedang hamil apabila bentuk badannya kelihatan lebih berisi menerusi sebuah gambar raya yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Menerusi hantaran tersebut, Marissa menjadi tumpuan mata ‘tajam’ netizen apabila rata-rata mendakwa melihat penampakan baby bump pada bahagian perutnya walaupun Marissa memakai baju potongan longgar.
Perubahan fizikal itu sekali gus menguatkan lagi andaian peminat bahawa pempengaruh kesayangan mereka itu kini sedang berbadan dua.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berteka teki mengenai kepastian perkara tersebut.
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, tiada lagi sebarang maklum balas yang diberikan oleh Marissa mahupun Aslam mengenai berita tersebut.
Sebelum ini, meskipun tidak pernah mengesahkan spekulasi kehamilan, Marissa Dania Hakim dilaporkan berdepan kematian bayi sulungnya yang dilahirkan pramatang.
Difahamkan, Marissa dilaporkan bersalin ketika kandungan baharu memasuki bulan keenam.
Perkara tersebut tidak dihebahkan kepada orang luar seperti mana desas-desus kehamilannya.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya Mazlan.
Topic Berkaitan
#Hamil
#Netizen
#Spekulasi
#Marissa
#Dania
Must-Watch Video