,
Laman Utama

Seluar Katy Perry Koyak Sewaktu Rancak Menari

Maliah Surip
30/03/2022
13:50 MYT
Penyanyi Katy Perry berhadapan detik memalukan apabila mengalami kegagalan ‘fungsi pakaian’ sewaktu membuat persembahan di pentas American Idol baru baru ini.
Perry dilaporkan sedang rancak menari sebelum seluar yang dipakainya koyak secara tiba tiba.
Menurut laporan CNN, Perry sedang menyanyikan lagu hitnya, Teenage Dream secara spontan. Dia kemudian menundukkan badannya dan membuka langkah tarian sebelum seluarnya terkoyak pada bahagian tengah.
Insiden tersebut membuatkan penonton yang berada di studio terkejut.
Namun, dengan profesional, Perry dikatakan telah meminta agar seluarnya ditampal.
“Bolehkan seseorang tolong tampalkan seluar saya?” tanya Perry.
Dia kemudian diselamatkan oleh kru produksi dengan menampalkan pita berwana kuning selepas diarahkan oleh Perry: “Tampal pada bahagian punggung saya.”
Juri American Idol itu kemudian meminta maaf kepada semua pihak selepas seluarnya yang koyak berjaya ‘diselamatkan’ selepas dia duduk di mejanya.
Malah, secara bercanda penyanyi tersebut juga mengemas kini akaun Instagramnya selepas berhadapan insiden memalukan tersebut.
“Saya telah menarik perhatian dan mencuri hati kalian dengan persembahan tambahan melibatkan ‘seluar kulit’ saya di American Idol. Semoga terhibur,” tulisnya.
Ini merupakan insiden keduanya mengalami kegagalan fungsi pakaian sewaktu membuat persembahan di atas pentas program realiti yang sama. Pada 2018, seluar yang dipakai Perry juga pernah koyak sewaktu dia sibuk menari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.