,
Laman Utama

Selepas Suami, Dua Pembantu Rumah Rebecca Pula Sesak Nafas - "Terima Kasih Mas.. Walaupun Kita Tak Pernah Kenal Tapi Awak Sanggup Datang Menolong"

Zulaikha Yusof
15/07/2021
05:15 MYT
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam, 35, memaklumkan dua pembantu rumahnya iaitu Atiqah dan Tasha mengalami sesak nafas sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital pada Rabu.
Menceritakan lebih lanjut Rebecca berkata, dia sekali lagi berdepan detik cemas apabila tidak ada kekosongan ambulan yang boleh mengambil pembantu rumahnya bagi mendapatkan rawatan di hospital.
"Mummy Becca hubungi 999 untuk dapatkan ambulan untuk ambil pembantu rumah mummy kat rumah yang susah bernafas dan kritikal.
"Dan dia sambungkan ke Hospital Ampang yang paling dekat dengan rumah mummy.
"Dan jawapan Hospital Ampang tiada ambulan. Ya Allah," tulisnya di Instagram Stories.
Selepas beberapa jam menunggu, Rebecca dibantu seorang wanita dikenali dengan nama Mas yang membawa pembantu rumahnya ke hospital.
Tambahnya, pembantu rumah dia kini sedang diberi rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Ya Rabbi. Terima kasih Allah sebab hantar pada saya seorang insan bernama Mas.
"Terima kasih Mas, walaupun kita tak pernah kenal tapi awak sanggup datang rumah menolong pembantu saya yang dua orang yang susah bernafas tadi.
"Alhamdulillah awak tolong menyelamatkan nyawa mereka. Doakan pembantu mummy Atiqah dan Tasha selamat. Sekarang mereka berada di HKL," tulisnya lagi.
Sebelum ini, Rebecca berkongsi keadaan dirinya yang panik selepas suaminya, Datuk Norazam Sulaiman mengalami sesak nafas namun tidak ada kekosongan hospital pada Selasa.
Bagaimanapun, menerusi Instagram Live, Rebecca bersyukur setelah suaminya berjaya mendapatkan rawatan oksigen di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Swasta (PKRCS) di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Menurut Rebecca, suaminya kini menggunakan mesin oksigen untuk bantuan pernafasan dan disahkan berada di stage 4 Covid-19.
Terdahulu, Rebecca berkongsi berita duka mengenai keluarganya termasuk tiga pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 8 Julai lalu.
BACA: "Suami, Anak Enam Orang Positif COVID-19" - Rebecca Nur Al Islam Mohon Doa
BACA: Selepas Suami & Enam Anak, Rebecca Nur Al Islam Pula Disahkan Positif COVID-19 - "Saya Tak Sampai Hati Lihat Mereka & Terpaksa..."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

Pembantu Rumah Dr Say Buat Hal Lagi! Goncang & Tekan Dada Sampai Baby Zeq Lembik - “Bagi Dia Peluang Kedua, Rupanya Makin Menjadi”

gempak
21/11/2024
12:21 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril mendedahkan perangai pembantu rumahnya yang semakin menjadi-jadi walaupun selepas diberi peluang kedua.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Unitar