Empat Bulan Menghilang, Mizuki Itagaki Ditemui Tidak Bernyawa
Pelakon, Mizuki Itagaki yang dikenali menerusi siri Ao Haru Ride telah disahkan meninggal dunia pada usia 24 tahun.
Baru-baru ini, keluarganya menerima panggilan daripada pihak polis Tokyo yang mengesahkan mayat Mizuki telah ditemui di kawasan bandar.
Lebih memilukan, keluarga mendedahkan bahawa Mizuki sebenarnya berdepan masalah kesihatan mental sejak tahun lalu.
Sekadar info. Mizuki dilahirkan pada Oktober 2000 dan mula mencipta nama dalam industri hiburan sejak kecil. Dia memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan pop Jepun M!LK ketika berusia hanya 10 tahun, selepas bakatnya dicungkil oleh agensi Stardust Promotion.
Antara karya lakonan paling dikenali ialah menerusi drama popular Ao Haru Ride (live-action), selain membintangi filem-filem seperti Our Secret Diary, Love’s Stoppage Time, dan In-House Marriage Honey.
Sumber: Geo TV