,
Laman Utama

Selepas Roti & Kari Ayam, Noor Kartini Masak Nasi Goreng Harimau Menangis Pula Untuk Pekerja Alam Flora

Zulaikha Yusof
22/06/2021
04:50 MYT
Ibu kepada selebriti sensasi Neelofa, Datin Noor Kartini, 55, sekali lagi bermurah hati apabila berkongsi rezeki dengan pekerja Alam Flora di sekitar kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), pada Jumaat lalu.
Menerusi akaun Instagram (IG) Noor Kartini, dia memilih menu Nasi Goreng Daging Harimau Menangis sebagai juadah untuk 50 orang kakitangan syarikat pengurusan sisa dan bahan buangan itu.
"Alhamdulillah. Dapat berkongsi rezeki di hari Jumaat yang barokah ini. Doakan saya dapat berkongsi rezeki dengan lebih ramai lagi. Amin," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam rakaman tersebut, Noor Kartini sendiri turun padang menyiapkan makanan sambil dibantu oleh pembantu rumah.
Katanya, dia telah menggunakan tiga pek produk Harimau Menangis jualannya supaya rasa nasi goreng itu sama seperti dimasak untuk diri sendiri.
"Saya masukkan daging Harimau Menangis sebanyak tiga pek untuk nasi goreng ini. Saya anggarkan dalam 50 orang pekerja.
"Saya masak seperti mana yang saya sendiri nak makan. Air tangan aunty Tini untuk mereka rasa," katanya.
Sebelum ini, Noor Kartini telah mengagihkan roti beserta kari ayam kepada 40 orang tukang sapu sampah di kawasan yang sama.
BACA: Kongsi Rezeki Dengan Tukang Sapu Sampah, Noor Kartini Bekalkan Roti & Kari Ayam - "Mesti Mereka Gembira"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Live Bersama Datuk Red, Ibu Neelofa Berjaya Raih Sales Cecah RM100,000!

gempak
05/04/2024
03:55 MYT
Selepas Jakel, usahawan Noor Kartini pula berkolaborasi dengan Datuk Red untuk bersiaran langsung bersama di Instagram.
Viral

Berbual & Berdoa Ketika Azan Berkumandang, Netizen Tegur Ameera Dengan Noor Kartini - “Doa Nok Gapo Dale Hati”

gempak
16/01/2024
00:55 MYT
Usahawan Noor Kartini Noor Mohammed menerima teguran daripada netizen susulan video berdoa yang dimuat naik sewaktu berdoa ketika azan berkumandang di Masjid Nabawi, Mekah baru-baru ini
Laman Utama

Ameera Khan Dapat Hadiah Kereta BMW i7 Daripada….

gempak
28/09/2023
13:55 MYT
Untungnya...
Laman Utama

Isu Rumah Tangga Noor Nabila & Engku Emran, Ini Respons Noor Kartini

gempak
22/09/2023
02:55 MYT
Doa yang baik-baik.
Laman Utama

“Tiada Dalam Keturunan Kami Yang Pergi Tempat Judi” - Noor Kartini

gempak
21/09/2023
04:56 MYT
Datin Noor Kartini ulas dakwaan Ameera Khan pergi tempat berjudi?