,
Laman Utama

Selepas PM, Akaun Telegram Menteri Luar Pula Kena Godam

Awani
09/08/2022
04:20 MYT
Akaun Telegram milik Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah malam semalam telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, beberapa jam selepas perkara sama berlaku terhadap akaun Telegram peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Saifuddin yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter berkata pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.
"Sesiapa yang menerima sebarang mesej daripada Telegram dinasihati abaikannya dan laporkan kepada pihak berkuasa," menurut ciapan itu
Semalam, Ismail Sabri memaklumkan bahawa akaun Telegram miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab, dan meminta orang ramai mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Viral

Polis Siasat CEO Telegram Terlibat Kes Pedofilia

gempak
27/08/2024
02:55 MYT
Pengasas aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov, ditahan di Perancis sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap jenayah termasuk pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah dan transaksi penipuan di platform tersebut.
Berita

Pengasas, CEO Telegram Ditahan Di Perancis

gempak
25/08/2024
05:55 MYT
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) aplikasi Telegram, Pavel Durov ditahan di Lapangan Terbang Borget di luar Paris, Perancis pada Sabtu.
Hiburan

Semua Sangka Shahir Kembali Menyepi, Hakikatnya Instagram Kena Godam! Lenyap Sebab Tak Bayar RM2,000 - "Habis Kenangan Saya"

gempak
18/07/2024
09:25 MYT
Juara Akademi Fantasia 8 (AF8), mengakui sepi dari media sosial disebabkan akaun Instagram rasminya telah digodam individu tidak bertanggungjawab.
Hiburan

Pelawak, Isteri Direman, Bantu Siasatan Kes Sebar Maklumat Dalaman Polis

gempak
02/07/2024
09:23 MYT
Pelawak serta isterinya direman dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di aplikasi Telegram.