,
Laman Utama

Selepas Lama Berehat, Sakura Band Muncul Dengan Monopoli

Fiza Kamarudin
27/11/2020
12:30 MYT
Setelah beberapa lama berehat kumpulan Sakura Band yang pernah popular dengan lagu ‘Polaroid’, ‘Pelarian’ dan ‘Melepaskanmu’ kembali dengan ‘Monopoli’.
Sakura Band yang dianggotai oleh Melly Matius (Mell) Ali, Haniff dan Akai kali ini mempertaruhkan lagu yang dicipta dan ditulis sepenuhnya mereka sendiri dan mendapat sentuhan Taja selaku penerbit.
Menurut Sakura Band, ‘Monopoli’ menceritakan tentang perasaan seseorang individu yang mencurahkan sepenuh hidupnya ke atas perkara atau orang yang disayangi.
Dalam penulisan Sakura Band, ia lebih menjurus kepada dedikasi dan komitmen dalam muzik serta persahabatan mereka yang telah mencapai usia lapan tahun.
Perasaan itu sentiasa ‘memonopoli’ atau menakluk diri mereka dan membuatkan Sakura Band terus berkarya dan menghasilkan muzik.
Lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik istimewa yang cuba menggambarkan perjalanan dan detik-detik indah kumpulan ini sepanjang lapan tahun bersahabat dan berkarya bersama.
“Oleh kerana video muzik ini seolah-olah mengimbas kembali perjalanan kumpulan kami, terdapat beberapa babak yang boleh dianggap penuh emosi buat kami sendiri saat menonton dan merakamnya.
“Kami harap para peminat bukan sahaja dapat menerima dan menyukai lagu ini tetapi juga dapat merasai apa yang kami cuba sampaikan melalui lagu dan cerita dalam klip video ini,” jelas Mell selaku vokalis dan satu-satunya ahli kumpulan wanita dalam empat sekawan ini.
Monopoli edaran Universal Music Malaysia boleh dimainkan dan didengari di semua platform digital bermula hari ini dan video muziknya juga boleh ditonton bermula pada tarikh tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

2 Tahun Tak Muncul, Sakura Band Kembali Dengan 'Menang'

gempak
03/04/2020
11:57 MYT
Berita

Sakura Band Belajar Mandarin Sebagai Persediaan Tembusi Pasaran Muzik Baru

gempak
31/07/2018
09:07 MYT
Hiburan

Rugi RM60,000, Polis Tangkap 2 Suspek Pecah Masuk Studio Rakaman Sakura Band

gempak
27/12/2017
04:30 MYT
Hiburan

Alhamdulillah! Umum Peluk Islam Pada Hari Jadi, Mell Sakura Band Masih Kekalkan Nama Asal

gempak
11/10/2017
07:07 MYT
Hiburan

Disamakan Dengan Chucky, Vokalis Sakura Band Sedih Baca Komen Netizen

gempak
23/12/2016
08:19 MYT