Viral
Selepas Enam Tahun, Ibu Bapa Ikut Jejak Anak Peluk Islam - “Kami Terdetik Mungkin Ini Tandanya…”
Selepas anak sulung memeluk Islam enam tahun lalu pada usia 11 tahun, kini giliran ibu bapanya pula mendapat hidayah ALLAH SWT apabila melafazkan kalimah syahadah pada 26 Mei lalu.
Dapat Hidayah Menerusi Mimpi
Lim Hun Kheng atau nama Islamnya, Abdul Rahman Kheng, 51, dari Pekan Tunjang dekat sini berkata, dia dan isteri Wandee Sandaesa, 45, atau nama Islam Nur Wandee membuat keputusan memeluk Islam selepas kedua-duanya mendapat petunjuk melalui mimpi kira-kira dua minggu lalu.
BERITA TRENDING: Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik- “Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat…
BERITA TRENDING: Nikah Di Thailand, Hanya Jabatan Kehakiman Layak Sahkan Status Pernikahan - JAIPs
Katanya, pada mulanya dia bermimpi pergi ke pejabat agama untuk mengucapkan kalimah syahadah sebelum isterinya pula bermimpi didatangi lelaki berjubah putih seperti pakaian imam masjid malam berikutnya.
"Kami tidak bercerita antara satu sama lain sehingga lah beberapa hari selepas itu, kami bersembang mengenai kos rawatan isteri (warga Thailand), dia mengidap penyakit jantung dan memerlukan rawatan berkala di Hospital Satun.
"Keadaan jantungnya agak kurang baik dan memerlukan pembedahan segera dengan kos mungkin melebihi RM10,000, saya dan isteri pun bercerita mengenai mimpi masing-masing.
“Lalu kami terdetik mungkin ini tandanya kami juga perlu masuk Islam seperti anak kami (Firdaus Hong) yang kini sudah berusia 17 tahun," katanya yang tinggal di Kubang Pasu, Kedah.
Dibantu Oleh Bapa Angkat Anak
Abdul Rahman yang bekerja sebagai tukang perabot berkata, dia dan isteri kemudian dibantu oleh bapa angkat anak mereka yang dikenali sebagai Ehsan sebelum menghubungi jawatankuasa masjid Pekan Tunjang untuk memimpin lafaz syahadah pada jam 11 malam 26 Mei lalu.
"Selepas peluk Islam, kami rasa lebih tenang dan keesokannya Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Zakaria Othman datang ziarah saya sekeluarga, Alhamdulillah kami dapat pelbagai bantuan zakat.
"Cuma sekarang ini kami perlu fikir untuk mencari wang untuk pembedahan isteri saya di Hospital Satun pada hujung bulan ini," katanya.
Anak Bongsu Belum Peluk Islam
Ketika ditanya mengenai anak kedua mereka, Abdul Rahman berkata anaknya, Lim Eveen, 13, masih belum mengikut jejak mereka untuk memeluk Islam.
"Saya tidak paksa anak bongsu saya untuk peluk Islam, cuma kami perlu tunjuk contoh yang baik seperti Firdaus buat sebelum ini.
"Sekarang saya dan isteri dalam proses belajar agama, ramai kenalan yang datang membantu, Alhamdulillah saya syukur kepada ALLAH kerana beri hidayah kepada kami," katanya.
Pada 11 Mei 2019, media melaporkan Hun Kheng dan isteri sentiasa membantu mengejutkan anak mereka Firdaus untuk bersahur pada bulan Ramadan termasuk menghantar dan menjemput anaknya untuk mempelajari agama.
Firdaus memeluk Islam secara sukarela pada usia 11 tahun dan dibawa ke pejabat agama daerah oleh kedua ibu bapanya bagi tujuan pendaftaran.
Firdaus kini belajar dan tinggal di asrama sekolah agama LZNK iaitu Maahad Dini Sultan Abdul Halim di Alor Setar.
BERITA TRENDING: Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?
BERITA TRENDING: Tindakan Dua Wanita Langkah Kubur Dirujuk Jakim, Mufti
BERITA TRENDING: "Trend Pakaian Pengantin Wanita Islam Mencolok Mata Bercanggah Agama" - Mufti Pulau Pinang
Sumber - Sinar Harian
Must-Watch Video