gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Bedah Siasat Zara Qairina Selesai Selepas 8 Jam
VIRAL
Wanita Ditawar RM5.5 Juta Selepas Tersalah Di Penjara 20 Tahun
VIRAL
Penumpang Islam Singapore Airlines Termakan B*bi Lepas Diberitahu Hidangan Daging Halal
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Jefri Nichol Minta Maaf Kalah Tinju 38 Saat, Ameera Khan: “Always My Superstar”

Maliah Surip
Maliah Surip
10/08/2025
10:47 MYT
Sponsor Banner
Jefri Nichol Minta Maaf Kalah Tinju 38 Saat, Ameera Khan: “Always My Superstar”
Pertarungan tinju di antara aktor Jefri Nichol dan El Rumi pada Super Knockout Vol.3 di Jakarta International Convention Center (JICC), yang berlangsung pada Sabtu masih menjadi bualan hangat.
Hal ini lantaran bintang Ali Topan itu diumumkan tewas hanya selepas 38 saat bertarung dengan anak Ahmad Dhani tersebut.
Ini juga menjadi pertarungan kali kedua buat Jefri dan El Rumi. Jefri pernah ditumpaskan El Rumi pada November 2025.
Meski sempat mengaku bingung dengan keputusan yang tidak memihak kepadanya, Jefri bagaimanapun akur.
Menerusi perkongsian di Insta Story, lelaki berusia 26 tahun itu juga sempat meminta maaf kerana telah mengecewakan banyak pihak yang berharap melihat pertarungan lebih baik.
“Saya terima kekalahan ini. Kadang kala hal tidak berjalan seperti yang dirancang.

“Saya mengalami kecederaan dengan bahu terseliuh dan pengadil memutuskan saya tidak boleh meneruskan perlawanan.

“Saya gembira telah kembali ke gelanggang buat kali kedua walaupun saya dan El Rumi tidak dapat bertarung sepenuhnya.
“Terima kasih banyak buat yang sudah menonton dan beri sokongan.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan persembahan yang kalian ingin lihat,” tulisnya kepada lebih 10 juta pengikut di media sosial.
Sementara itu, Ameera Khan yang dilihat hadir bersama keluarga termasuk kakaknya, Nabila dan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad juga tetap memberi sokongan buat Jefri meski tidak berjaya muncul juara.
“Anda tetap superstar,” tulis Ameera pada gambar hitam putih dengan emoji bintang di Insta Story akaun Instagramnya.Jefri Nichol Minta Maaf Kalah Tinju 38 Saat, Ameera Khan: “Always My Superstar”
Pertarungan tinju di antara aktor Jefri Nichol dan El Rumi pada Super Knockout Vol.3 di Jakarta International Convention Center (JICC), yang berlangsung pada Sabtu masih menjadi bualan hangat.
Hal ini lantaran bintang Ali Topan itu diumumkan tewas hanya selepas 38 saat bertarung dengan anak Ahmad Dhani tersebut.
Ini juga menjadi pertarungan kali kedua buat Jefri dan El Rumi. Jefri pernah ditumpaskan El Rumi pada November 2025.
Meski sempat mengaku bingung dengan keputusan yang tidak memihak kepadanya, Jefri bagaimanapun akur.
Menerusi perkongsian di Insta Story, lelaki berusia 26 tahun itu juga sempat meminta maaf kerana telah mengecewakan banyak pihak yang berharap melihat pertarungan lebih baik.
“Saya terima kekalahan ini. Kadang kala hal tidak berjalan seperti yang dirancang.
“Saya mengalami kecederaan dengan bahu terseliuh dan pengadil memutuskan saya tidak boleh meneruskan perlawanan.
“Saya gembira telah kembali ke gelanggang buat kali kedua walaupun saya dan El Rumi tidak dapat bertarung sepenuhnya.
“Terima kasih banyak buat yang sudah menonton dan beri sokongan.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan persembahan yang kalian ingin lihat,” tulisnya kepada lebih 10 juta pengikut di media sosial.
Sementara itu, Ameera Khan yang dilihat hadir bersama keluarga termasuk kakaknya, Nabila dan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad juga tetap memberi sokongan buat Jefri meski tidak berjaya muncul juara.
“Anda tetap superstar,” tulis Ameera pada gambar hitam putih dengan emoji bintang di Insta Story akaun Instagramnya.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Ameera Khan
#maaf
#Kalah
#Tinju
#Jefri Nicol
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement