Berita
Selepas Duit Kena Cilok, Fazreen Rafi Berdepan Dugaan Lagi
Pelakon popular, Fazreen Rafi berkongsi status terbaru di media sosial mengenai kehilangan duit dalam akaun simpanan di sebuah bank yang didakwa dicuri seseorang.
Ujarnya, kehilangan duitnya itu ada kaitan dengan kad bank yang digunakan untuk tujuan pembelian secara dalam talian.
Dia mengakui tidak pernah menggunakan kad banknya untuk transaksi sedemikian.
Dalam status yang dimuat naik bersama sekeping gambar di balai polis, dia meminta orang ramai lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa sepertinya.
Statusnya itu turut menarik perhatian netizen yang berkongsi pengalaman kehilangan duit di bank.
Sehari selepas kejadian tersebut, Fazreen berdepan satu lagi dugaan selepas kad pengenalannya pula hilang buat kali kedua.
Sambil berseloroh, Fazreen berharap agar isterinya pula tidak hilang selepas ini.
"Jangan bini pulak hilang sudah, mana kan ku cari ganti," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @fazrenrafi
Must-Watch Video