,
Laman Utama

Selepas Dua Kali Tukar Agama, Penyanyi Marcell Bangga Peluk Islam

Maliah Surip
02/04/2021
02:20 MYT
Penyanyi Marcell Siahaan yang cukup popular dengan lagu Firasat baru baru ini bercerita tentang perjalanan kerohaniannya sepanjang berusia 43 tahun.
Marcell mengaku kepada Daniel Mananta, dia dilahirkan dan kemudian menganut agama Kristian.
Kemudian, kata Marcell selepas berkahwin dengan Dewi Lestari dia menukar agamanya kepada Buddha.
Dia sekali lagi menukar agamanya selepas berkahwin dengan pelakon Singapura, Rima Melati yang kini masih menjadi isterinya.
Menurut Marcell dia kini merupakan seorang mualaf selepas memeluk agama Islam yang juga merupakan agama isterinya.
"Selepas memeluk agama Islam, saya menjadi lebih tenang. Saya rasa setiap sesuatu pasti ada titiknya," akui Marcell dalam temu bual di saluran Youtube milik Daniel, semalam.
Dalam temu bual yang sama, Marcell mengatakan dia berbangga menjadi seorang mualaf kerana dapat berkongsi kebaikan dengan orang sekeliling melalui agama Islam.
"Saya fikir selepas memeluk Islam ia menjadikan saya sebagai seorang manusia yang lebih baik dan berkongsi kebaikan itu secara tak langsung dengan orang sekitar.
"Jadi ini (peluk Islam) bukan pencapaian peribadi dan kerohanian saya, tetapi juga memberi manfaat kepada semua," jelas ayah kepada tiga anak ini.
Malah kata Marcell, mengenal Allah yang satu membuat dirinya belajar tentang menjalani kehidupan yang lebih ikhlas.
"Dia (Allah) sangat saya sayang dan amat berharga. Melalui Islam saya belajar berserah dan ikhlas dalam seluruh kehidupan," tutupnya.
Instagram: @marcellsiahaans
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.