,
Hollywood

Selepas Bohemian Rhapsody, Kini Kisah Hidup Michael Jackson Pula Akan Difilemkan

Asraf Aided
24/11/2019
03:10 MYT
Buat peminat setia Raja Pop, Michael Jackson, ini mungkin khabar gembira untuk anda semua.
Selepas menghasilkan filem yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung lebih AS$900,000 (melebihi RM 3.5 juta), penerbit Bohemian Rhapsody, Gharham King dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk menerbitkan sebuah filem cereka berkisarkan kehidupan dan perjalanan muzik Raja Pop yang telah meninggal dunia pada tahun 2009 itu, lapor AWANI.
Persetujuan bersama pewaris harta Jackson itu disahkan seorang jurucakap King kepada majalah hiburan Variety.
King juga dikatakan akan bekerjasama dengan penulis lakon layar filem The Aviator dan Gladiator, John Logan bagi projek tersebut.
Setakat ini filem tersebut masih belum menamakan studio atau pengedarnya.
Filem tersebut dikatakan tidak akan memberi gambaran mengenai kehidupan Michael Jackson yang pernah dituduh melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak seperti paparan dalam dokumentari kontroversi, Leaving Neverland.
Jackson meninggal dunia pada 25 Jun 2009 dan pernah berkali-kali menafikan tuduhan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.
Walaupun disebalik kontroversi yang melanda Raja Pop itu, legasinya terus kekal membawa perubahan besar dalam industri muzik dunia.
Sumber : Astro AWANI/Asyraf Roslan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hiburan

A.R Rahman Cerita Momen Nostalgia Jumpa Mendiang Michael Jackson, Hampir Rakam Lagu Bersama - "Sayangnya Dia Pergi Lebih Dahulu"

gempak
09/07/2024
15:41 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal India, A.R Rahman berkongsi momen nostalgik bersama Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson ketika hayatnya sekitar 15 tahun lalu.
Hollywood

Gambar B*gel Michael Jackson Bakal Didedahkan Lepas 2 Lelaki Dakwa Jadi Mangsa Pedofil

gempak
06/04/2024
12:55 MYT
Robson dan Safechuck mendakwa telah menjadi mangsa pedofil Michael sewaktu mereka kanak-kanak dengan antaranya berlaku di kediaman di Neverland dan beberapa lokasi lain.
Laman Utama

Dikatakan Mirip Michael Jackson, Netizen Mahu Hael Husaini Yang Lama; “Tolonglah Kembali Macam Dulu”

gempak
02/03/2023
14:00 MYT
Handsome Hael
Laman Utama

Ibu Restu Anak Saudara Jadi Michael Jackson Dalam Biopik

gempak
31/01/2023
15:00 MYT
Ibu dah restu