Hiburan

Selepas Bernikah Semula, Mahalini Umum Sedang Hamil Anak Pertama - “Little Star In My Belly”

gempak
Asyikin Mayudin
04/01/2025
09:25 MYT
Sponsor Banner
Selepas Bernikah Semula, Mahalini Umum Sedang Hamil Anak Pertama - “Little Star In My Belly”
Baru sahaja bernikah semula pada 27 Disember 2024, penyanyi Mahalini berkongsi berita gembira dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama.

Kongsi foto

Mahalini berkongsi berita gembira itu menerusi perkongsian foto memperlihatkan baby bump di laman Instagram miliknya.

“Little star in my belly (bintang kecil dalam perut saya),” tulisnya secara ringkas.

Manakala suaminya yang juga penyanyi Rizki Febian turut meninggalkan komen di perkongsian tersebut dengan memohon doa daripada semua peminat mereka.
“Buat semuanya, minta doa buat isteri aku ya,” kata Rizki.
Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan ucapan tahniah & doa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga Kali Tunda Majlis Perkahwinan Kerana Mahalini

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian - Mahalini Kena Nikah Semula, Tak Penuhi Rukun Nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

Terdahulu, Rizky dan Mahalini telah menikah semula pada 27 Disember 2024 untuk memastikan perkahwinan mereka sah secara negara dan agama.
Sebelum ini pernikahan pasangan popular yang berlangsung pada 10 Mei 2024 tidak sah secara negara kerana masalah pentadbiran.
Anak kepada pelawak Sule dengan penyanyi berasal daripada Bali itu menjalankan akad nikah kedua di Hotel Raffles, Kuningan, Jakarta Selatan sekitar pukul 9 pagi waktu tempatan.
Mereka juga telah mendaftar perkahwinan dan semua butiran lengkap dan telah memiliki buku nikah seperti layaknya pasangan suami-isteri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024