,
Berita

Selepas Beg Ala Ikea, Balenciaga Tampil Dengan Skirt Alas Getah Kereta Pada Harga RM10,000

Rozaimi Zubaidi
02/11/2017
04:56 MYT
Jenama fesyen terkemuka dunia, Balenciaga, menjadi bualan ramai apabila memperkenalkan produk terbaharu mereka, yang dinamakan Car Design Skirt.
Rekaan terbaharu itu dipertontonkan kali pertama pada acara Paris Fashion Week minggu lalu, dan disifatkan sebagai 'mengubah sesuatu fungsi menjadi sesuatu yang formal'.
Seperti namanya, skirt berwarna hitam itu mengadaptasi corak alas getah pelindung (rubber car carpet protector).
Bezanya, jika harga alas getah itu hanya dalam puluhan ringgit, harga skirt berkenaan pula adalah RM10,000!
Biarpun harganya mahal, namun berdasarkan maklumat di laman web Balenciaga, skirt tersebut laris dijual.
Buat masa ini, hanya tinggal saiz 36 yang boleh dibeli.
Skirt itu sekali lagi menjadikan Balenciaga topik perbincangan di laman sosial, selepas kali pertama melakukannya April lalu, melalui beg ala IKEA yang berharga puluhan ribu ringgit. Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Gaya Hidup

Tak Berhenti Buat Kebajikan, Yayasan Rizalman Ibrahim salur RM500,000 Baik Pulih MCH Liverpool

gempak
10/09/2024
13:20 MYT
Diam-diam ubi berisi, mungkin itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Datuk Rizalman Ibrahim apabila terus menjalankan kebajikan sebagai salah satu tanggungjawab beliau dalam membantu membangunkan ummah.
Gaya Hidup

"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!

gempak
03/08/2024
02:58 MYT
Empat IPT bertanding dalam International Cultural Fashion Week iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang
Hiburan

Comel! Anak Perempuan Muncul Di KLFW 2024, Sharifah Sakinah Menjerit Beri Sokongan

gempak
31/07/2024
12:25 MYT
Anak kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Anais Adha mencuri tumpuan apabila muncul di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.