Gaya Hidup
Selepas 8 Tahun, Che Ta Kembali Jadi Wajah Utama MINAZ Blooming Raya - "Aura Tak Pernah Pudar, Ia Satu Penghormatan Terhadap ..."
Pelakon Rozita Che Wan dan puteri tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana kembali menjadi wajah utama kempen MINAZ Blooming Raya selepas lapan tahun.
BERITA TRENDING: Muka Aaisyah Bengkak, Che Ta Tak Tahu Anak Ada Alahan - “ Baru Tahu Dia Tak Boleh Makan…”
Jelas pengasas MINAZ, Hafiza Datuk Abd Hamid, pengambilan Che Ta dan Aaisyah dirasakan sesuai dan relevan dengan jenamanya yang bakal menutup tirai koleksi raya selepas 15 tahun."Pemilihan Che Ta untuk kembali menghiasi MINAZ Blooming Raya ini bukan hanya kerana popularitinya yang masih bersinar, namun sebagai sebuah penghormatan terhadap kenangan manis yang tercipta sejak kali pertama beliau menjadi muka hadapan MINAZ Blooming Raya pada tahun 2017.
"Mempersembahkan konsep sedondon ibu dan anak yang sangat menyentuh hati. Pilihan yang lebih tepat untuk menggambarkan keindahan konsep fesyen sedondon raya yang dibawakan oleh MINAZ, melainkan dengan keanggunan dan kelembutan yang dimiliki oleh Che Ta dan Aisyah Dhia Rana.
"Che Ta juta pernah mencetuskan gelombang besar dalam dunia fesyen dan media sosial, Che Ta terus kekal relevan dengan aura yang tidak pernah pudar. Kempen MINAZ Blooming Raya – The Final Chapter bukan hanya meraikan keindahan fesyen, tetapi juga meraikan ikatan yang kuat antara ibu dan anak," katanya.
BERITA TRENDING: Puji Anna Jobling & Hisyam Hamid Pandai Bergaya, Che Ta Kata Nak Berfesyen Ikut Kesesuaian - “Badan Tak Cantik, Tapi Pakai Ketat-Ketat”
BERITA TRENDING: Geram Lihat Gaya Selebriti Lelaki Hadir Majlis Anugerah, Che Ta Hanya Bagi Komen Atas Dasar Artis - “You Go Vas Or You Go Home!"
Dalam pada itu, setelah 15 tahun mengukir sejarah dalam Koleksi Baju Raya fesyen tempatan, MINAZ Blooming Raya kini berada di penghujung perjalanan."Insya-Allah, we will do better. Walaupun edisi Blooming Raya ini bakal melabuhkan tirai, kenangan indah sepanjang perjalanan ini akan terus dikenang. Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus.
"Koleksi ini adalah buah tangan istimewa dari MINAZ untuk yang terakhir kepada anda semua. Ini bukanlah satu pengakhiran, tetapi permulaan baharu ‘The New Chapter of MINAZ' untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, MINAZ turut memperkenalkan MINAZ GALLERY 2025, sebuah pameran eksklusif yang memaparkan perjalanan indah di sebalik pembikinan koleksi ikonik Blooming Raya.
"Pameran ini mengajak para pengunjung untuk menyelami sejarah dan proses unik dalam menghasilkan setiap koleksi “Blooming Raya.” Anda akan berpeluang melihat secara dekat bagaimana inspirasi dan dedikasi kami diterjemahkan menjadi rekaan-rekaan anggun yang menawan.
"Setiap sudut galeri ini menceritakan kisah yang berbeza – dari lakaran awal, pemilihan kain, hingga proses jahitan yang teliti.
"Yang lebih istimewa, pengunjung juga boleh merasai sendiri fabrik dan material eksklusif daripada koleksi terakhir kami, “Blooming Raya The Final Chapter.” Ini adalah peluang istimewa untuk anda menghargai kualiti dan kehalusan setiap helaian sebelum membuat pra-pesanan," tambahnya.
BERITA TRENDING: Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”
Must-Watch Video