,
Viral

Selamba Berkumur & Teguk Air Tu... Netizen Cakap Ain Edruce Pengotor!

Amri Hassan
08/10/2020
05:01 MYT
Aksi pengacara dan pelakon Ain Edruce meminum air yang dikumurnya mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Segelintir daripadanya menyifatkan tindakan spontan Ain yang sedang makan bersama suaminya itu lucu dan menghiburkan.
"Sumpahlah lawak si Ain ni," tulis salah seorang pengguna di Twitter yang berkongsi video terbabit. Malah, ada yang terhibur melihat reaksi suami Ain, Amirul Hafiz Mustaffa yang terkesima dengan tindakan isterinya itu.
"Aku nak sangat jumpa jodoh aku macam Amirul. Sebab perangai pun boleh hauk juga macam Ain ni," komen salah seorang pengguna.
"Lawak lagi reaksi si Amirul. Apa eh Ain ni," tambah pengguna lain pula.
Bagaimanapun, aksi Ain itu turut kurang disenangi oleh beberapa pengguna media sosial dan menganggap caranya itu kotor dan kurang ajar.
"Tak lawak langsung. Nampak kurang ajar adalah," tulis seorang pengguna.
"Geli kot buat macam tu," sahut pengguna lain.
"Apa yang lawaknya. Macam turn off jer, kenapa tak ludah balik dalam gelas tu?" tambah pengguna lain pula.
"Saya rasa ini tak ada adab. Kalau kelakar saya gelak juga," komen pengguna lainnya.
"Kenapa sejak akhir-akhir ini aku kecewa betul dengan sense of humor rakyat Malaysia," tambah seorang pengguna lain.
Mengulas mengenai video berkenaan kata Ain itu caranya bersama pasangan untuk menzahirkan sisi romantis diri sendiri tanpa berselindung.
"Definisi sweet kitorang," kata Ain.
Video terbabit dirakamkan Ain bersama Amirul ketika mengulas mengenai situasi pelakon Amerul Affendi yang berdepan dilema kurang pengikut di Instagram yang menjadi punca ditolak berlakon di stesen televisyen tempatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar