,
Bollywood

Selamat Tinggal Avicii, Bintang Muzik EDM Meninggal Dunia

Amri Hassan
21/04/2018
00:55 MYT
Para peminat muzik rancak atau EDM (electronic dance music) dikejutkan dengan berita pemergian seorang disc jockey (DJ) atau produser muzik terkenal, Avicii, pada petang Jumaat.
Menurut kenyataan daripada wakil publisiti Avicii, Ebba Lindqvist, dia menghembuskan nafas terakhir pada usia 28 tahun di Muscat, Oman.
"Dengan rasa dukacita kami mengumumkan pemergian Tim Bergling yang juga dikenali sebagai Avicii.
"Seluruh keluarganya berkabung dengan berita sedih ini dan kami memohon kepada semua untuk menghormati dengan memberi ruang kepada mereka yang berada dalam detik sukar ini," jelasnya.
Tiada sebab kematian dinyatakan dan tiada kenyataan lanjut dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.
Beberapa bintang besar EDM dan artis terkemuka turut meluahkan rasa sedih selepas mendengar berita kehilangan artis muzik rancak terkenal itu dan memberikan penghormatan terakhir melalui akaun Twitter masing-masing.

So Sad....... So Tragic. Good Bye Dear Sweet Tim. ? Gone too Soon. #avicii

A post shared by Madonna (@madonna) on

Sebelum ini, produser muzik EDM kelahiran Sweden itu mengumumkan persaraan daripada membuat jelajah muzik atas alasan kesihatan, lapor The Billboard.
"Saya tahu yang saya berpeluang untuk membuat persembahan jelajah muzik ke seluruh dunia, namun saya hanya mempunyai masa yang sedikit untuk menikmati kehidupan saya sebagai orang biasa, iaitu di luar jiwa saya sebagai artis," katanya pada waktu itu.
Menurut The Billboard juga, isu kesihatan Avicii diketahui umum sejak beberapa tahun lepas setelah dia mengalami pankreatitis, yang sebahagiannya dipercayai berpunca daripada tabiat mengambil minuman keras secara tidak terkawal.
Pada 2014, Avicii membatalkan kesemua jelajah persembahannya bagi menjalani proses pemulihan selepas pembedahan mengeluarkan pundi hempedu dan apendiksnya.
Dia kemudiannya mengumumkan untuk kembali ke studio dan melancarkan extend play atau EP untuk enam lagu berjudul Avīci (01) pada Ogos 2017, iaitu projek muzik terakhirnya sebelum meninggal dunia.
Bintang EDM Eropah yang terkenal dengan hits seperti Wake Me Up dan Hey Brother itu pernah merangkul beberapa anugerah seperti American Music Awards, Billboard Music Awards and MTV Europe Music Awards sepanjang kariernya dalam menghasilkan musik rancak.
Sumber: The Verge, Bloomberg, Astro Awani, Variety Susunan oleh: Amri Hassan Foto: Magnetic Magazine, E!, Billboard
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.