,
Hiburan

Selamat Tiba Di Australia Dengan Anak, Dayah Bakar Rasa Bercampur Baur Selepas Setahun Tak Jumpa Suami

Zulaikha Yusof
06/01/2021
04:30 MYT
Pengacara Dayah Bakar, 32, meluahkan rasa syukur selepas selamat tiba di Australia semalam bersama dengan anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri yang berumur empat bulan.
Ini adalah kali pertama Fahri akan bertemu empat mata dengan ayahnya, Muhammad Hanif Hamidi selepas dilahirkan pada Ogos tahun lalu.
"Alhamdulillah saya dah selamat sampai di Aussie. Sekarang di fasa kuarantin selama 14 hari. Insya-Allah, keluarga kami akan bertemu selepas selesai jalani kuarantin," tulisnya menerusi kiriman WhatsApp kepada Gempak.
Tambah Dayah, dia tidak dapat mengungkap perasaan yang dirasai selepas kali terakhir berjumpa dengan suami pada 6 Januari 2020.
"Susah nak ungkap perasaan sebab bercampur baur. Saya bersyukur, gembira, teruja, gementar, sebak pun ada.
"Masa kali terakhir saya lambai di lapangan terbang, hanya saya dan Hanif tetapi sebenarnya waktu itu Fahri dah ada. Hari ini cukup setahun saya tak jumpa dengan Hanif," katanya.
Dalam pada itu, Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar akui persiapan untuk perjalanan jauh ini lebih tertumpu kepada Fahri.
Katanya, lebih mencabar disebabkan pandemik Covid-19 dan mereka berdua terpaksa menjalani kuarantin kendiri di negara asing.
"Saya fly berdua sahaja dengan Fahri. Persiapan itu memang particular sebab saya bawa bayi. Dengan usianya baru empat bulan, pandemik lagi, prosedur memang banyak.
"Untuk kuarantin berdua saja dengan Fahri, memang saya kena sedia segalanya barang dia. Fokus saya semuanya untuk Fahri.
"Saya tak fikir persiapan panjang, 14 hari ini yang penting. Sebab tak boleh nak berinteraksi dengan orang luar," katanya lagi.
Dayah dan Fahri akan menetap bersama Hanif di Australia selama setahun.
Terdahulu, Dayah berkahwin dengan Hanif pada Jun 2018. Pasangan ini dikurniakan Fahri pada 17 Ogos 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Keji! Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mengaku Terbabit 307 Kes Rogol, Mangsa Bawah 12 Tahun

gempak
05/09/2024
01:00 MYT
Seorang bekas pekerja pusat jagaan kanak-kanak di Australia mengaku salah terhadap 307 pertuduhan jenayah seks yang dilakukannya dalam tempoh 20 tahun.
Berita

Pengunjung Panik Helikopter Terhempas Atas Bumbung Hotel Di Australia, Juruterbang Disahkan Maut!

gempak
12/08/2024
09:24 MYT
Beratus pengunjung yang menginap Double Tree by Hilton di timur laut Australia gempar apabila sebuah helikopter terhempas di atas bumbung hotel yang didiami mereka hingga mencetuskan kebakaran.
Hiburan

Rozita Rohaizad Tekad Terus Bantu Martabat Warisan Malaysia Di Australia

gempak
04/08/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan pelakon veteran Rozita Rohaizad sudah banyak kali berkongsi kisahnya yang terpaksa menggunakan wang sendiri hanya semata-mata kerana perjuangannya memartabatkan seni budaya negara ini di persada antarabangsa.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Hos Digugurkan Komen Berbaur Diskriminasi Terhadap Perenang Australia

gempak
30/07/2024
04:25 MYT
Seorang hos veteran sukan digugurkan dari saluran Eurosport selepas memberikan komen berbaur diskriminasi kepada pasukan perenang wanita Australia dalam pusingan akhir gaya bebas 4x100 di Olimpik Paris 2024.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Pemain Hoki Australia Potong Jari Demi Ke Sukan Olimpik

gempak
19/07/2024
09:55 MYT
Pemain hoki Australia telah memotong sebahagian jarinya bagi membuktikan dedikasi terhadap Sukan Olimpik.