,
Hiburan

Selamat Datang Ke Pangung Suara, Karya Terbaru Pitahati

Ahmad Shah
27/04/2016
06:32 MYT
Kumpulan Pitahati yang dianggotai oleh lima anak muda iaitu Ilham, Masrin, Zahar, Yasin dan Hidayat tampil dengan album terbaru berjudul Selamat Datang Ke Panggung Suara.
Album ini lahir ketika menghasilkan muzik latar untuk filem ‘Terbaik Dari Langit’ arahan Nik Amir Mustapha.
Bunyi-bunyian dan lagu yang terkansung di dalam filem itu kemudiannya dihimpun menjadi sebuah album bertemakan ‘Panggung Suara’.
Album ini juga merupakan batu loncatan buat Pitahati dari sudut eksperimentasi bunyi yang menurut mereka dibentuk lebih halus lagi berbanding album-album sebelumnya dimana hampir semua lagu dirakam secara "live" dalam ruang studio yang tidak kedap bunyi.
Antara cabaran yang dihadapi oleh Pitahati sewaktu menghasilkan album baru ini ialah mereka terpaksa berhenti membuat rakaman ketika waktu hujan kerana tidak mahu bunyi hujan itu turut terakam dan menyebabkan proses rakaman selesai selewat-lewatnya jam 5.00 pagi.
Dari sudut penulisan liriknya pula, banyak diinspirasi oleh watak dan nuansa filem Terbaik Dari Langit.
Selain medium CD, album ini ditempa dalam bentuk piring hitam buat pencinta dan penggemar bunyi.
Ini kerana mereka merasakan kualiti bunyi yang dihasilkan piring hitam mampu menonjolkan bunyi yang terakam dengan terperinci.
Selain memuatkan lagu-lagu yang telah membuatkan mereka tercalon didalam kategori Skor Muzik Terbaik di FFM yang ke 26 tahun lalu, album ini turut memuatkan lagu Sahabat(ost Terbaik Dari Langit) iatu lagu yang juga telah dicalonkan di FFM untuk Lagu Tema Terbaik.Dalam perkembangan lain, Pitahati bakal mengadakan mini konsert di Stadium Negara pada 7 Mei ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Plong! Bawa Era Baharu New Wave Nusantara, Apakah Itu?

gempak
05/04/2023
11:29 MYT
Lagu pertama kumpulan Plong! berjudul Kencana.
Hiburan

Jalani Penggambaran MV Di Ipoh, Khatulistiwa Versi Ito & Pitahati Memang Layan Habis

gempak
22/09/2021
11:15 MYT
lagu ini sudahpun dilancarkan pada 16 September lalu
Laman Utama

Kenang Show Di Pasar Seni, Pitahati Rilis Album Khas Versi Deluxe!

gempak
14/06/2021
05:25 MYT
Dah 10 tahun rupanya album Bintang Biru Kristal Salju